Geologi am dan geologi struktur Barat Daya, Ranau

Hon, Andy Wei How (2007) Geologi am dan geologi struktur Barat Daya, Ranau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000323.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di bahagian barat daya Ranau dengan keluasan 144 km2. Ia disempadani oleh garis lintang 5°54'U hingga 6°00'U dan garis bujur 1 16°35'T hingga 116°41 'T. Kawasan kajian terdiri daripada lima unit batuan iaitu Ultrabasik (Oligosen hingga Eosen), Formasi Trusmadi (paleosen hingga Eosen Awal), Formasi Crocker (Eosen hingga Meosen Awal), Pinousuk Gravel (pleistosen hingga Holosen) dan Aluvium Kuatemer. Ultrabasik terdiri daripada batuan biru gelap kehijauan yang mengandungi serpentinit dan peridotite. Formasi Crocker terdiri daripada empat unit litologi utama iaitu unit batu pasir masif, unit batu pasir dan syal, unit syal kelabu dan unit syal merah. Formasi Trusmadi terdiri daripada unit-unit batuan argilit berwarna hitam yang berselang lapis dengan batu pasir atau batu kelodak samada dalam perlapisan tebal atau dalam perlapisan nipis. Batuan ini dicirikan sebagai tericir, terbreksia dan terkataklasit. Pinousuk Gravel terdiri daripada bongkah batu pasir, syal, serpentinit. dan granodiorit. Kawasan bamt daya Ranau telah mengalami dua tren mampatan yang berarah Timur Laut-Barat daya dan Barat Laut-Tenggara. Namun demikian, mampatan yang berarah Timur laut-Barat daya adalah yang paling utama kerana ia telah menyebabkan pemiringan lapisan sedimen ke arah barat daya. Daya mampatan ini ditafsirkan terhasil secara rantau dan tempatan. Daya mampatan rantau adalah berkaitan dengan pembukaan Laut China Selatan. Tren mampatan tempatan pula ditafsirkan akibat intrusi batuan igneus di utara (Mamut) dan intrusi ultrabasik di timur laut (poring).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: General geology, Structural geology, Southeaast part of Ranau
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 16 Nov 2011 09:34
Last Modified: 12 Oct 2017 06:15
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/666

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository