Analisis statistik terhadap jenayah di negeri Sabah

Kwan, Wai Yan (2004) Analisis statistik terhadap jenayah di negeri Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001250.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan tren kadar jenayah dalam negeri Sabah, di samping mengkaji perhubungan yang mungkin wujud antara jenayah dengan tenaga buruh mengikut pencapaian pendidikan dan strata. Kajian ini menggunakan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dari tahun 1961 hingga tabun 2000. Manakala data kadar tenaga buruh adalah dari tahun 1992 hingga tahun 2000. Tetapi penyiasatan tenaga buruh tidak dijalankan pada tahun 1994, maka data kadar tenaga hanya melibatkan 8 tahun. Penjelasan tren kadar jenayah adalah melalui rajah garis dan peratus perubahan dalam bentuk jadual supaya lebih mudah difahami. Perhubungan antara kadar jenayah dengan kadar tenaga buruh mengikut pendidikan dan strata ditentukan dengan kaedah korelasi. Kadar jenayah pada amnya mempunyai tiga nilai yang tinggi iaitu pada tahun 1977, 1984 dan 1998. Didapati kadar jenayah mempunyai hubungan yang negatif dengan tenaga buruh yang mempunyai pendidikan rendah dan tertiari. Kadar jenayah terhadap manusia mempunyai perhubungan yang negatif dengan kadar tenaga buruh dengan pendidikan menengah. Tetapi tiada perhubungan yang bererti antara kadar tenaga buruh yang tiada pendidikan rasrni dengan kadar jenayah. Dengan mengkaji sejarah tentang jenayah dan mengkaji perhubungan yang wujud antara kadar jenayah dengan kadar tenaga buruh mengikut pendidikan, dapat merancang suatu polisi yang lebih berkesan. Jika pencapaian pendidikan semakin meningkat dalam tenaga buruh, pada waktu yang sama kadar jenayah semakin menurun.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: trend, labour force, criminal rate, education
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 01 Aug 2013 03:16
Last Modified: 23 Oct 2017 07:20
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6671

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository