Pembinaan kotak pembesar suara kecil (tweeter) yang berbentuk segiempat

Lau, Hong Yip (2004) Pembinaan kotak pembesar suara kecil (tweeter) yang berbentuk segiempat. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001255.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tujuan menjalankan kajian ini adalah untuk mengkaji kualiti bunyi yang dihasilkan oleh beberapa jenis kotak pembesar suara kecil (tweeler) bersaiz segiempat yang dibuat daripada bahan dan dimensi yang berlainan. Pada umumnya, lima buah kotak pembesar suara kecil yang bersaiz segiempat telab dibina dalarn kajian ini . Tiga buah kotak pembesar suara kecil adalah dibuat daripada papan fiber yang bertebalan 1.27cm. Dua buah kotak pembesar suara kecil yang lain adalah dibuat daripada papan nipis dan "softboard". Dimensi kotak pembesar suara kecil yang dibina ialab 15.24 cm X 17.78crn X 10.16cm, 15.24cm X 17.78 cm X 20.32 cm dan 15.24 cm X 17.78 cm X 30.48 cm. Kotak pembesar suara yang dibuat daripada papan fiber adalah berdasarkan ukuran di atas manakala dua buah kotak pembesar suara yang lain adalah berdimensi 15.24 cm X 17.78 cm X 10.16 cm. Kajian ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu peringkat pertama merupakan peringkat pembinaan kotak pembesar suara kecil bersaiz segieempat dan peringkat kedua ialah proses analisis data. Data yang dikumpul digunakan untuk menganalisis output frekuensi bunyi yang dirakam dalarn komputer dengan menggunakan aturcara MATLAB. Hasil penilaian dijadualkan bagi membandingkan amplitud dan frekuensi yang dihasilkan oleb setiap jenis kotak pembesar suara yang telah dibina. Kesimpulan daripada basil kajian ini ialah proses pembinaan kotak pembesar suara, pemilihan bahan pembinaan, dimensi kotak pembesar suara, perletakan bahan penyerapan bunyi akan mempengaruhi kualiti bunyi yang dihasilkan. Ini telab dibuktikan bahawa bahan yang mempunyai ketumpatan bahan yang tinggi dan dimensi kolak iaitu panjang yang paling maksima akan mencapai amplitud yang tertinggi. Kajian ini dapat rnemberi satu pengetahuan baru dalarn pemilihan jenis pembesar suara yang berkualiti dan bersesuaian dengan citarasa pengguna.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: loudspeaker, sound quality, rectangular shaped cabinet, material, dimension
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 31 Jul 2013 08:14
Last Modified: 23 Oct 2017 07:22
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6685

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository