Ketoksikan makanan dalam bentuk alergi di kalangan masyarakat Melayu-Brunei di daerah Kota Kinabalu dan Papar, Sabah

Margaret Maga Joseph, (2005) Ketoksikan makanan dalam bentuk alergi di kalangan masyarakat Melayu-Brunei di daerah Kota Kinabalu dan Papar, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001270.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk meninjau masalah alergi makanan di kalangan masyarakat Melayu-Brunei di daerah Kota Kinabalu dan Papar, Sabah. Jumlah responden yang diperolehi dalam kajian ini adalah seramai 400 orang yang terdiri daripada 299 (57.3%) orang responden perempuan dan 171 (42.8%) orang responden lelaki. Responden yang terpilih berumur di antara 15 hingga 54 tahun yang dikategorikan kepada 4 kelas umur iaitu di antara 15 - 24, 25 - 34, 35 - 44 dan 45 - 54 tahun. Kaedah utama yang digunakan dalam kajian ini hanyalah berdasarkan kaedah borang soal selidik dan tidak melibatkan ujian alergi dilakukan ke atas responden. Didapati jumlah responden yang memahami istilah alergi makanan adalah lebih ramai iaitu dengan jumlah 286 (71.5%) orang berbanding dengan jumlah responden yang tidak memahaminya iaitu seramai 114 (28.5%) orang. Walau bagaimanapun, seramai 85 (29.7%) orang sahaja daripada jumlah responden yang memahami istilah alergi makanan berupaya untuk membezakannya dengan istilah intolerans makanan. Seramai 118 (29.5%) orang responden yang ditinjau menyatakan bahawa mereka mengalami alergi makanan. Faktor keturunan menunjukkan perkaitan yang signifikan dalam perkembangan alergi makanan (p < 0.05) di mana sejumlah 23 (46%) orang responden menyatakan bahawa masalah alergi makanan yang dialami adalah diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa. Makanan laut merupakan antara kumpulan makanan yang kerap menyebabkan alergi dengan jumlah 73 (61.9%) orang responden. Simptom-simptom yang dialami oleh responden berbeza secara signifikan (p < 0.05) dengan majoriti daripada mereka mengalami kegatalan kulit dan ruam kulit dengan jumlah 73 (30.4%) dan 50 (19.2%) masing-masing. Sebanyak 74 (62.7%) orang responden yang mengalami alergi makanan mengamalkan tabiat membaca label makanan sebelum membeli sesuatu prod uk makanan. Daripada jumlah ini, seramai 48 (64.9%) orang responden berpendapat amalan Inl dapat membantu mereka dalam mengurangkan risiko mendapat alergi makanan. Secara kesimpulannya, majoriti daripada masyarakat Melayu-Brunei di daerah Kota Kinabalu dan Papar memahami istilah alergi makanan. Faktor keturunan memainkan peranan utama dalam perkembangan alergi makanan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: food allergy, Sabah community, genetic factor, food product, seafood, itchiness and rashes
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 16 Aug 2013 02:14
Last Modified: 23 Oct 2017 07:31
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6733

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository