Persepsi dan tahap penerimaan sesetengah masakan dari semenanjung malaysia di kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang berasal dari Sabah

Khor, Yoke Fong (2005) Persepsi dan tahap penerimaan sesetengah masakan dari semenanjung malaysia di kalangan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang berasal dari Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001272.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di Kampus Induk Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu untuk mengkaji tentang persepsi dan tahap penerimaan masakan Semenanjung Malaysia di kalangan pelajar yang berasal dari Sabah. Kajian ini melibatkan seramai 334 responden (168 perempuan, 166 lelaki) daripada semua kolej kediaman iaitu kolej kediaman A, B, C, D, E, Indah Permai, Kingfisher dan Kurnia Perdana. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang mengandungi 4 bahagian iaitu A, B, C dan D di mana masing-masing mempunyai 9, 7, 9, dan 13 soalan. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ujian-t, ANOVA, dan khi kuasa dua dengan aras keertian ditetapkan pada .05. Keputusan menunjukkan pelajar perempuan mengatakan terdapat banyak pilihan dan pelajar lelaki mengatakan terdapat sederhana banyak pilihan bagi masakan Semenanjung Malaysia dan nilai min bagi masing-masing adalah 3.94 ±0.68 dan 3.43 ± 0.96. Terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) di antara pelajar perempuan dan lelaki tentang pilihan masakan Semenanjung Malaysia. Keputusan responden menunjukkan seramai 264 (79.04%) responden mengatakan bahawa masakan Semenanjung Malaysia berbeza dengan masakan Sabah. manakala seramai 70 (20.96%) responden mengatakan bahawa terdapat persamaan di antara masakan Semenanjung dengan masakan Sabah. Faktor yang mempengaruhi paling ramai responden untuk memilih masakan Semenanjung Malaysia adalah faktor media massa iaitu seramai 1S9 (47.61%) responden dan juga dipengaruhi oleh faktor rakan sebaya iaitu seramai 148 (44.31 %) responden. Faktor lain juga mempengaruhi responden iaitu faktor sikap ingin tahu, faktor kafeteria UMS yang menjual masakan Semenanjung, dan pengaruh daripada ibu bapa dengan masing-masing terdiri daripada 48 (14.37%) responden, 21 (6.29%) responden dan 13 (3.89%) responden. Keputusan juga menunjukkan responden perempuan dan lelaki mengatakan bahawa mereka sedikit suka terhadap masakan Semenanjung Malaysia dengan nilai min masingmasing ialah 5.30 ±1.13 dan 5.19 ±1.27. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05) di antara perempuan dan lelaki bagi penerimaan keseluruhan masakan Semenanjung Malaysia.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: acceptance cuisine, perception, student, mass media, gender, pennisular
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 16 Aug 2013 03:58
Last Modified: 23 Oct 2017 07:32
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6746

Actions (login required)

View Item View Item