Penggunaan ikan air tawar (Tilapia) dan rumpai laut(Eucheuma Cottonii) dalam penghasilan keropok

Soah, Lee Boon (2006) Penggunaan ikan air tawar (Tilapia) dan rumpai laut(Eucheuma Cottonii) dalam penghasilan keropok. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001293.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Di Malaysia, Ikan Tilapia (Oreochromis sp) terkenal sebagai ikan air tawar yang paling popular dimakan. Rumpai laut species Caulerpa, Gracilaria dan Eucheuma dimakan secara mentah di Malaysia. Eucheuma species telah berjaya dikultur di beberapa kawasan perairan di Sabah. Kajian ini mengaji kesesuaian ikan tilapia dan Eucheuma cottonii diproses menjadi keropok yang enak rasanya. Sebanyak enam belas forrnulasi dihasilkan sepanjang kajian ini dijalankan. Keputusan ujian penilaian sensori menunjukkan F6 adalah sampel terbaik daripada formulasi yang menggunakan nisbah isi ikan terhadap rumpai laut sebanyak 7:3 (30%), nisbah tepung ubi kayu kepada tepung sagu dengan 1:2 (50%),1% gula, 2% garam dan 17% air, dengan skor min tertinggi bagi atribut warna, keranggupan, kemanisan, aftertaste dan rasa keseluruhan. Analisis proksimat menunjukkan keropok ikan tilapia dan E.cottonii yang telah digoreng mempunyai sebanyak 47.45% karbohidrat, 1.10% gentian kasar, 1.92% air, 12.83% abu, 19.79% protein dan 16.93% lemak. Daripada graf penyerapan isoterma mendapati bahawa keropok bergoreng tidak sesuai disimpan dalam keadaan persekitaran yang kelembapan relatifnya setinggi 97%. Manakala tempoh penyimpanan keropok ikan tilapia dan E. cottonii dalam plastik polipropilene adalah 53 hari. Peratus pengembangan linear dalam suhu optima and masa stim doh masing-masing adalah sebanyak 83.34% dalam 200 °C dan 87.33% dalam 110 minit. Kajian juga menunjukkan hubungan penyerapan minyak keropok adalah berkadaran dengan kadar pengembangan linear. Penghasilan keropok ikan tilapia dan E.cottonii juga dapat memperbanyakkan lagi jenis keropok di Malaysia dan taraf penghasilan keropok dapat dipertingkatkan dan dipasarkan ke luar negara.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: tilapia, freshwater fish, seaweed, Caulerpa, Gracilaria and Eucheuma, cracker industry
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 03 Sep 2013 02:38
Last Modified: 23 Oct 2017 07:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6840

Actions (login required)

View Item View Item