Kawalan kimia Isolat Kulapok terpilih dari perabot almari di kolej kediaman E, Universiti Malaysia Sabah

Norelliza Tajidin, (2007) Kawalan kimia Isolat Kulapok terpilih dari perabot almari di kolej kediaman E, Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001307.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji potensi bahan kimia yang digunakan iaitu Sodium hipoklorit, Etanol dan Parachem dalam mengawal pertumbuhan Isolat Kulapok A, Isolat Kulapok B, Isolat Kulapok C dan Isolat Kulapok D. Perbandingan dilakukan diantara jenis bahan kimia yang digunakan iaitu Sodium hipoklorit, Etanol dan Parachem, jenis kulapok yang diuji dan peratusan kepekatan yang digunakan iaitu 15%, 35%, 55%, 75% dan 95%. Peratusan kepekatan berlainan bahan kimia yang digunakan iaitu Sodium hipoklorit, Etanol dan Parachem sememangnya menunjukkan perbezaan saiz zon perencatan berlainan iaitu signifikan pada P< 0.05 terhadap Isolat Kulapok A, Isolat Kulapok B, Isolat Kulapok C dan Isolat Kulapok D. Saiz zon perencatan yang besar menunjukkan keberkesanan peratusan kepekatan yang berlainan bahan kimia dalam mengawal pertumbuhan kulapok-kulapok tersebut. Selain itu, peggunaan bahan kimia yang berlainan terhadap jenis kulapok yang berlainan juga turut memberi kesan. Didapati Isolat Kulapok A adalah paling sensitif terhadap Sodium hipoklorit, Etanol dan Parachem diikuti oleh Isolat Kulapok C, Isolat Kulapok D dan Isolat Kulapok B mengikut susunan tahap kesensitifan yang paling rendah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: fungi isolate, chemicals potential, Sodium hypochlorite, Ethanol and Parachem, woden furniture
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 03 Sep 2013 03:11
Last Modified: 23 Oct 2017 08:06
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6857

Actions (login required)

View Item View Item