Ekologi Enhalus acoroides di pantai ODEC,UMS dan Lagun Karambunai

Wai, Mei Ching (2005) Ekologi Enhalus acoroides di pantai ODEC,UMS dan Lagun Karambunai. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001298.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Satu kajian terhadap ekologi Enhalus acoroides telah dijalankan di Stesen 1 : Pantai ODEC dan Stesen 2 : Lagun Karambunai selama lima bulan iaitu dari Julai hingga ke November, 2004. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengukur beberapa parameter persekitaran E. acoroides dan indeks diversiti fauna di kedua-dua habitat yang terpilih dan memahami hubungan yang wujud di antara fauna dengan rumput laut ini. Parameter persekitaran iaitu saliniti, oksigen terlarut, suhu, pH air laut dan mendapan, kandungan organik dalam mendapan adalah diukur di kedua-dua stesen ini pada pukul tiga petang hingga lima petang. Jaring gil ('gill net') dan pukat digunakan untuk menangkap ikan di Stesen 1 dan Stesen 2. Makrofauna bentik disampelkan dengan menggunakan silinder PVC 25 em panjang dan berdiameter 6 cm. Pengukuran parameter persekitaran dan persampelan fauna dilakukan semasa air surut iaitu di antara kedalaman 0.5 m - 0.7 m dengan sebanyak enam kali. Kumpulan Tidak Bersandar bagi Ujian t telah menunjukkan perbezaan yang nyata bagi suhu, saliniti, pH mendapan dan kandungan organik di kedua-dua stesen. Indeks Diversiti Shannon Wiener juga menunjukkan perbezaan yang nyata bagi Indeks Diversiti fauna di kedua-dua stesen ini.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Enhalus acoroides, ecology, parameter, faunal Index Diversity, macrobenthic
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 03 Sep 2013 03:34
Last Modified: 17 Oct 2017 05:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6862

Actions (login required)

View Item View Item