Penerimaan sensori bagi jeruk Bambangan di kalangan etnik utama di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia

Ronald Binati, (2005) Penerimaan sensori bagi jeruk Bambangan di kalangan etnik utama di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001311.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji nilai aras am bang rasa masam 6 etnik terpilih iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau dan Iban di samping mendapatkan respon mengenai penerimaan 6 etnik ini terhadap jeruk Bambangan. Aras ambang ditentukan menggunakan Ujian Segitiga dan didapati bahawa aras ambang etnik Melayu adalah 0.00338%, etnik Cina adalah 0.00351 %, etnik India adalah 0.00475%, etnik Kadazan adalah 0.00507%, etnik Bajau 0.00404% dan etnik Iban pada aras 0.00481%. Peringkat seterusnya bagi kajian ini adalah pengukuran respon 6 etnik ini terhadap jeruk Bambangan dengan menggunakan Ujian Hedonik serta Kaedah Kaji Selidik. Ujian Hedonik mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dari segi tahap kesukaan (p< 0.05) antara etnik Kadazan dengan 3 etnik lain yang dikaji iaitu Melayu, Cina dan India bagi jeruk Bambangan jenis masam manakala bagi sam pel jeruk Bambangan yang masam pedas, perbezaan yang signifikan (p<0.05) juga dicatat antara etnik Kadazan dengan etnik Melayu, Cina dan India. Tiada perbezaan signifikan antara etnik Kadazan dengan etnik Bajau dari segi tahap kesukaan bagi jeruk ini. Bahagian terakhir kajian ini, iaitu kaji selidik penerimaan jeruk Bambangan mendapati bahawa lebih 50 peratus iaitu 55% responden tidak menyukai jeruk ini dan 87% responden yang tidak suka akan jeruk ini menyatakan faktor penerimaan sensori sebagai faktor tidak menyukai jeruk ini. Kesimpulannya, apabila terdapat perbezaan dari segi etnik, nilai aras am bang rasa masam dan juga penerimaan terhadap jeruk bambangan juga didapati berbeza.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: ethnicity, level of sourness, Bambangan fruit, acceptance
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 09 Sep 2013 07:05
Last Modified: 17 Oct 2017 05:45
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6884

Actions (login required)

View Item View Item