Kajian tentang kualiti dan tahap penerimaan antara madu asli dan madu komersial

Law, Wi Hie (2009) Kajian tentang kualiti dan tahap penerimaan antara madu asli dan madu komersial. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000308.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tentang kualiti dan tahap penerimaan antara madu komersil dan madu asli di kalangan pelajar. Ujian analisis dilakukan ke atas dua kategori madu iaitu madu asli yang terdiri daripada madu yang diperolehi terus dari ladang lebah dan madu komersil yang terdiri daripada madu yang diperolehi dari pasaran. Secara keseluruhan, dua sampel madu asli dan tiga sampel madu komersial telah dipilih dalam kajian ini. Perbandingan dibuat mengetahui mutu antara sampel-sampel yang dipilih dengan melakukan ujian analisis proksimat dan seterusnya memastikan produk madu tersebut menepati piawaian Akta Makanan Malaysia (1985). Ujian sensori juga dilakukan untuk mengetahui tahap penerimaan dua kategori madu tersebut. Ujikaji menunjukkan bahawa kelima-Iima sampel madu yang diperolehi dari Iaclang ataupun dari pasaran menepati piawaian Akta Makanan Malaysia (1985) dari segi jumlah gula penurun, jumlah kandungan abu, jumlah kandungan sukrosa dan jumlah keasidan. Ujikaji menunjukkan sampel-sampel madu dari Nabawan, Tenom dan Kudat adalah tidak menepati piawaian Akta Makanan Malaysia dari segi jumlah kelembapan yang menyatakan bahawa madu tidak boleh mengandungi jumlah kelembapan yang melebihi 20%. Madu Nabawan, madu Tenom dan madu Kudat mengandungi jumlah kelembapan sebanyak 23%, 21.2% dan 20.1% masing-masing. Ujikaji menunjukkan madu asli serta madu komersil mempunyai perbezaan yang signifikasi dari segi jumlah pepejal larut(briks), pH, dan kandungan kelembapan. Madu asli mempunyai jumlah pepejal larut (briks),nilai pH, kandungan peratusan abu, jumlah gula, jumlah gula penurun, dan jumlah asld bebas yang lebih tinggi secara puratanya daripada madu komersil. Dari segi ujian sensori, madu komersll iaitu madu import India yang berjenama Himalaya mempunyai tahap penerimaan yang paling tinggi dengan setiap min skor untuk atributnya mendahului atribut madu-madu yang lain.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Quality of honey, Honey, Pure honey, Commercialized honey
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 23 Nov 2011 04:24
Last Modified: 12 Oct 2017 06:19
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/690

Actions (login required)

View Item View Item