Kajian perubahan morfologi Sungai Tuaran dengan menggunakan aplikasi penderiaan jauh (RS)

Masney Adrna Sebin, (2009) Kajian perubahan morfologi Sungai Tuaran dengan menggunakan aplikasi penderiaan jauh (RS). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001317.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perubahan morfologi yang dijalankan di Sungai Tuaran. Kawasan kajian lebih tertumpu di kawasan hilir Sungai Tuaran. Kajian memfokuskan kepada pengenalpastian kawasan morfologi sungai yang mengalami perubahan dalam tempoh 28 tahun iaitu dari tahun 1980 hingga tahun 2008. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti factor faktor guna tanah yang mempengaruhi perubahan morfologi sungai Tuaran. Proses pengenalpastian perubahan morfologi sungai Tuaran dilakukan dengan menggunakan kaedah penindanan imej-imej satelit yang diperolehi. Hasil tindanan yang dilakukan dengan menggunakan perisian Erdas Imagine B.S, menunjukkan bahawa terdapat empat perubahan morfologi sungai Tuaran yang dikenalpasti. Faktor-faktor guna tanah yang mempengaruhi perubahan tersebut adalah perubahan guna tanah yang dijalankan di sepanjang sungai Tuaran seperti pertanian dan petempatan. Selain aplikasi Penderiaan Jauh (RS) kaedah rujukan perpustakaan juga dijalankan untuk tambahan bukti dan rujukan kajian-kajian lepas sebagai panduan penyelidikan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Remote Sensing Application (RS) , River Morphological Change, River Geomorphology
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 11 Sep 2013 07:31
Last Modified: 17 Oct 2017 05:41
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6939

Actions (login required)

View Item View Item