Kajian ketoksikan makanan dalam bentuk alahan atau alergi di kalangan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah

Saiful Nazri Nordin, (2004) Kajian ketoksikan makanan dalam bentuk alahan atau alergi di kalangan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001316.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kaitan antara faktor demografi dan jenis makanan yang biasa menyebabkan alergi di kalangan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah. Kaedah tinjauan yang telah dijalankan di dalam kajian ini adalah dengan menggunakan borang soal selidik. Jumlah responden yang terlibat dalam penyelidikan ini adalah seramai 500 orang (250 lelaki (50%); 250 perempuan (50%) yang berumur antara 11 hingga 50 tahun. Data yang diperolehi dikumpulkan dan direkodkan seterusnya dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science).Hasil kajian ini mendapati bahawa 360 orang (72%) daripada responden menghidapi masalah alergi. Masalah alergi tidak dipengaruhi oleh jantina. Kedua-dua jantina mempunyai kebarangkalian yang sama untuk menghidapinya. Kaum wanita didapati lebih alergi terhadap makanan berbanding kaum lelaki. Berdasarkan 72% responden, terdapat 56.2% responden alergi terhadap makanan. Makanan yang paling kerap dilaporkan menyebabkan alergi adalah makanan laut seperti ikan, sotong diikuti udang dan ketam. Seterusnya bijirin, kekacang, tenusu, sayuran dan buah-buahan. Anak pertama dalam keluarga adalah lebih mudah menghidapi masalah alergi makanan berbanding dengan anak seterusnya. Sebanyak 73% responden yang bermasalah alergi adalah disebabkan oleh faktor keturunan. Dengan kedua-dua ibu dan bapa yang bermasalah alergi adalah lebih senang mendapat alergi iaitu (67.3%). 35% berpunca alergi terhadap makanan bedasarkan keturunan manakala 38% tiada saling kaitan terhadap faktor keturunan. Secara kesimpulannya, didapati bahan makanan laut merupakan makanan yang sering menyebabkan masalah alergi di kalangan masyarakat Bajau Kota Belud. Keturunan keluarga pula merupakan faktor utama penyebab alergi.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: demographic factor, type of food, allergy, Bajau, seafood, heritage
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 11 Sep 2013 07:35
Last Modified: 17 Oct 2017 05:40
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6940

Actions (login required)

View Item View Item