Pengambilan tenaga dan makronutrien pelajar perempuan muslim Universiti Malaysia Sabah pada bulan Ramadan

Christine Woritus, (2007) Pengambilan tenaga dan makronutrien pelajar perempuan muslim Universiti Malaysia Sabah pada bulan Ramadan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai pengambilan tenaga dan makronutrien pelajar perempuan Muslim pada bulan Ramadan, melihat perbezaan berat badan sebelum dan selepas bulan Ramadan, dan melihat sekiranya terdapat perkaitan antara pengambilan tenaga dan perubahan berat badan. Seramai 240 responden yang berumur 19-30 tahun terlibat dalam kajian ini. Penilaian diet 7 -hari pada bulan Ramadan, ukuran tinggi, berat badan sebelum dan selepas bulan Ramadan diambil. Bagi tenaga (kcal) , majoriti daripada responden (68.3%) tidak mencapai RNI dengan min pengambilan tenaga (990.92 ± 126.81), hanya 76 (31 .7%) orang sahaja yang mencapai RNI (1384.52 ± 131 .13). Bagi protein, majoriti responden (62.9%) mencapai RNI (45.14 ± 6.18), 60 (25.0%) orang (28.0 ± 4.69) dan 29 (12.1%) orang (62.31 ± 6.78) lagi masing-masing berpengambilan kurang atau melebihi RNI. Bagi lemak, majoriti respond en (85.4%) tidak mencapai RNI (31.24 ± 8.90), hanya 25 (10.0%) orang sahaja yang mencapai RNI(55.08 ± 6.90) dan 11 (4.6%) orang lagi melebihi RNI (76.56 ± 4.64). 8egitu juga dengan pengambilan bagi karbohidrat, majoriti daripada responden tidak mencapai RNI (144.45± 20.32), hanya 45 (18.8%) orang sahaja menepati RNI (203.80 ± 11.64) dan 30(12.5%) orang lagi berpengambilan melebihi saranan (283.39 ± 60.90). Tiada perbezaan signifikan untuk sebelum dan selepas bulan Ramadan bagi berat badan dan BMI(p>0.05). Namun terdapat perkaitan yang signifikan antara peru bah an berat badan responden dengan status, perbelanjaan makan sehari, kekerapan mengambil vitamin atau mineral suplemen dan kekerapan bersenam dalam seminggu (p<0.05). Selain itu, tiada perkaitan antara pengambilan tenaga dengan perubahan berat badan (p>0.05), namun terdapat perkaitan yang signifikan antara pengambilan tenaga dengan penurunan berat badan (p<0.05).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: energy, macronutrient, body weight, Muslim female
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 12 Sep 2013 06:52
Last Modified: 12 Sep 2013 06:52
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6961

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository