Kesesuaian, pilihan dan kandungan makronutrien makanan di kantin Sekolah Menengah Shan Tao

Wong, Thim Thim (2006) Kesesuaian, pilihan dan kandungan makronutrien makanan di kantin Sekolah Menengah Shan Tao. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001326.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kantin sekolah ialah satu tempat yang penting untuk membekalkan sajian makanan yang berkhasiat. Kajian ini telah dijalankan di kantin Sekolah Menengah Shan Tao untuk mengkategorikan makanan dan minuman yang dijual berdasarkan piramid makanan; menentukan kesesuaian penjualan makanan dan minuman yang dijual dengan berpandukan Garis Panduan Kantin Sekolah; menentukan kekerapan pembelian pelajar bagi setiap makanan dan minuman yang dijual; dan menentukan kandungan makronutrien dalam lima jenis makanan bermasak yang paling kerap dipilih dan dibeli oleh pelajar dari setiap gerai kantin melalui anal isis proksimat. Makanan dan minuman yang dijual di kantin diperhatikan dan dikategorikan mengikut jenis kumpulan makanan dalam piramid makanan. Kesesuaian penjualan makanan dan minuman telah dibandingkan dengan Garis Panduan Kantin Sekolah. Borang soal selidik direka berdasarkan makanan yang dijual di kedua-dua gerai kantin dan merangkumi soalan-soalan untuk mengumpul maklumat berkenaan dengan pemilihan makanan pelajar di kantin sekolah. Lima jenis makanan bermasak yang paling kerap dibeli dari setiap gerai kantin telah diambil untuk analisis proksimat. Kedua-dua gerai kantin tidak menawarkan sebarang pilihan untuk buah-buahan dan produk tenusu. Terdapat penjualan makanan dan minuman di kedua-dua gerai kantin yang tidak selaras dengan Garis Panduan Kantin Sekolah termasuklah minuman manis dan kerepek. Nasi putih merupakan hidangan bermasak yang paling kerap dibeli manakala minuman bergas merupakan minuman yang paling kerap dibeli oleh responden di kedua-dua kantin. Sushi dan donat merupakan kuih-muih yang paling kerap dibeli masing-masing di Kantin Romus dan Kantin Kokuanga. Hasil analisis proksimat menunjukkan makanan bergoreng dan nasi lemak mengandungi lemak yang tinggi. Antara semua sampel yang dianalisis, nasi lemak menyumbangkan kalori (324.33 kcal), protein (9.30 g) dan lemak(31.01 g) yang paling tinggi dalam sehidangan. Peratusan sumbangan tenaga daripada karbohidrat adalah paling tinggi bagi kebanyakan hidangan yang dianalisiskan (49.19% - 89.78%) kecuali bagi mee goreng, nasi lemak dan telur goreng.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: types of food, food pyramid, suitability, nutrition
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 17 Sep 2013 00:35
Last Modified: 16 Oct 2017 09:09
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6967

Actions (login required)

View Item View Item