Ketoksikan makanan dalam bentuk alergi di kalangan masyarakat Sino Sabah di daerah Keningau, Sabah

Voo, Shirley (2005) Ketoksikan makanan dalam bentuk alergi di kalangan masyarakat Sino Sabah di daerah Keningau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001325.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meninjau masalah alergi terhadap makanan di kalangan masyarakat Sino Kadazan, Sino Dusun dan Sino Murut di daerah Keningau, Sabah. Kaedah utama yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah borang soal selidik. Data terkumpul dianalisis dengan menggunakan program SPSS Analysis without Anguish version 12.0 for Windows bagi mendapatkan kekerapan dan perhubungan signifikan di antara 2 variabel. Seramai 390 orang responden yang masing-masing terdiri daripada 130 orang Sino Kadazan, Sino Dusun dan Sino Murut telah diperolehi. Responden yang diperolehi terdiri daripada 175 orang lelaki dan 215 orang perempuan. Responden yang terpilih adalah berumur di antara 11-50 tahun yang kemudiannya dikategorikan kepada 4 kelas umur iaitu di antara 11-20, 21-30, 31-40 dan 41-50 tahun. Majoriti responden iaitu 89% memahami istilah alergi dan hanya 11% sahaja yang tidak memahaminya. Seramai 156 orang responden menyatakan mereka pernah mengalami alergi terhadap pelbagai jenis substrat, namun 14 atau 9% daripadanya telahpun pulih sepenuhnya daripada alergi yang dialami. Daripada jumlah ini, seramai 93 atau 59.62% orang responden yang ditinjau masih mengalami alergi makanan sehingga ke hari ini. Makanan merupakan substrat utama yang mencetuskan alergi iaitu dengan peratusan kekerapan tertinggi 27.7% secara signifikan. Kumpulan makanan utama yang mencetuskan alergi di kalangan masyarakat Sino Kadazan, Sino Dusun dan Sino Murut adalah kumpulan makanan laut terutamanya krustasia seperti udang dan juga kerang-kerangan. Seramai 39 atau 41.94% orang responden yang ditemuramah mendakwa mereka masih makan makanan yang boleh menyebabkan reaksi alergi mereka berulang. Sebanyak 40.7% responden menyatakan simptom yang paling kerap dialami ialah gatal pada kulit atau badan. Daripada 93 orang yang mengalami alergi, 84.9% daripadanya mengamalkan budaya membaca label makanan sebelum membeli sesuatu makanan tersebut. Sebanyak 40.9% responden menyatakan bahawa membaca label makanan berkaitan dengan pengurangan masalah alergi mereka. Secara kesimpulannya, majoriti masyarakat Sino Kadazan, Sino Dusun dan Sino Murut di daerah Keningau, Sabah memahami istilah alergi dan mengganggap alergi mengganggu (62.4%, p<0.05) kehidupan seharian mereka.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: food allergy, Sabah Sino, seafood, reaction
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 17 Sep 2013 00:34
Last Modified: 16 Oct 2017 09:07
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6968

Actions (login required)

View Item View Item