Kestabilan penstoran ikan segar dan terproses minima dari Sabah

Nurul Shaidatul Nadia Mohd Saifullah, (2009) Kestabilan penstoran ikan segar dan terproses minima dari Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000284.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengkaji tahap kesegaran ikan dan ikan terproses minima di Sabah ketika penyimpanan. Dua spesies ikan dikaji iaitu ikan pisang (Elagatis bipinnulata) dan ikan tilapia hitam (Oreochromissp.). Ikan dan filet ikan disimpan pada suhu O°C± 2°C dan -20°C selama 14 hari. Tahap kesegaran ikan dan filet ikan dinilai melalui ujian mikrobiologi (TVC), kimia (TVBN dan FFA), dan penilaian fizikal. Pada suhu O°C ± 2°C, pertambahan aktiviti mikrob dikesan sepanjang 14 hari penyimpanan. Populasi mikrob ikan pisang lebih tinggi daripada filet ikan pisang, manakala populasi mikrob filet ikan tilapia hitam lebih tinggi daripada ikan tilapia hitam. % FFA digunakan sebagai petunjuk kepada perkembangan ketengikan. Pada suhu -20°C, % FFA kedua-dua spesies ikan adalah lebih tinggi daripada filet. TVBN dalam kedua-dua filet ikan lebih tinggi berbanding ikan (whole) pada suhu O°C ± 2°C. Melalui ujian penilaian fizikal, pada suhu O°C ± 2°C, jangka hayat penyimpanan maksimum ikan pisang adalah dalam 10-12 hari, manakala filet ikan pisang pula dalam 10 hari. Jangka hayat penyimpanan ikan tilapia hitam, iaitu dalam 10 hari, dan filet ikan tilapia hitam pula dalam 10-12 hari. Pada suhu -20°C pula, dijangka hayat penyimpanan bagi kedua-dua ikan dan filet ikan dijangka melebihi daripada 14 hari. Kesimpulannya, tahap kesegaran filet ikan pisang lebih tinggi berbanding ikan pisang, manakala tahap kesegaran ikan tilapia hitam lebih tinggi daripada filet ikan tilapia hitam.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Freshness of fresh fish, Fish storage, Rainbow runner, Black talapia
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 10 Nov 2011 06:56
Last Modified: 12 Oct 2017 06:20
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/698

Actions (login required)

View Item View Item