Pembangunan minuman jus Roselle (Hibiscus Sabdariffa L.) bersama kiub aloe vera Linn (Aloe Barbendensis Miller)

Lui, Chai Hoong (2007) Pembangunan minuman jus Roselle (Hibiscus Sabdariffa L.) bersama kiub aloe vera Linn (Aloe Barbendensis Miller). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001332.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian keatas roselle (Hibiscus Sabdariffa L.) merupakan tumbuhan herba daripada famili Malvaceae dan aloe vera Linn dari famili Liliaceae bagi menghasilkan minuman jus. Objektif kajian ini adalah membangunkan kedua-dua produk ini menjadi minuman jus dan memperolehi tahap penerimaan terhadap minuman jus ini. Sampel F3 mempunyai nilai skor min yang tertinggi bagi atribut rasa roselle, kemanisan, kemasaman, keseimbangan manis-masam, dan penerimaan keseluruhan masingmasing dengan nilai skor min 5.60±0.98, 5.45±1.11, 5.40±0.93, 5.98±1.05, dan 6.08±0.97 masing-masing melalui ujian Hedonik bagi kesemua 9 formulasi. Oleh demikian, 40% ekstrakan roselle dengan penambahan 11.5% gula halus adalah formulasi terbaik. Analisis proksimat mendapati minuman jus roselle bersama kiub aloe vera mempunyai kandungan lembapan sebanyak 88.36±0.03%, protein 0.04±0.00%, lemak 0.16±0.03%, abu 0.70±0.04%, serabut kasar 2.42±0.00%, dan karbohidrat 8.32±0.04%. Produk akhir minuman jus ini dalam kajian mutu simpanan mempunyai jumlah pepejal larut pada minggu permulaan ialah sebanyak 12.3±0.00°Briks, diikuti minggu 1, minggu 2, minggu 3, dan minggu 4 masing-masing ialah 12.1±0.14°Briks, 12.0±0.00°Briks, 11.9±0.14°Briks, 11.8±0.00°Briks. Nilai pH dalam kajian mutu simpanan bagi minggu permulaan ialah pH 2.88±0.03, diikuti penurunan pH pada minggu seterusnya dengan minggu 1, minggu 2, minggu 3, dan minggu 4 masing-masing dengan nilai pH 2.88±0.00, 2.87±0.03, 2.85±0.01, dan 2.83±0.00. Kajian penyimpanan menunjukkan bahawa minuman jus ini boleh disimpan selama satu bulan pada suhu 4°C berdasarkan ujian mikrobiologi. Sebanyak 78% pengguna yang memilih Label C kerana reka bentuk yang menarik berbandingan dengan 2 label yang lain. Berdasarkan ujian pengguna yang dijalankan, didapati sebanyak 66% pengguna menggemari minuman jus roselle bersama kiub aloe vera. Sebanyak 58% pengguna akan membeli produk minuman jus roselle bersama kiub aloe vera sekiranya ia dipasarkan di pasaran kelak.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: juice drink, Liliaceae, Malvaceae, roselle juice, Cube Aloe vera Linn
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 17 Sep 2013 07:36
Last Modified: 16 Oct 2017 09:12
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6993

Actions (login required)

View Item View Item