Pengaruh ICT ke atas sosial budaya pelajar matematik: Penerokaan menggunakan kaedah faktor analisis

Rosalia Anastasius, (2004) Pengaruh ICT ke atas sosial budaya pelajar matematik: Penerokaan menggunakan kaedah faktor analisis. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001336.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Penggunaan kepada kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (TKM) atau lebih dikenali sebagai Information and Communication Technology (ICT) merupakan satu kegiatan rutin bagi kehidupan pelajar. Oleh itu, kajian mengenai pengaruh ICT terhadap sosial budaya ke atas 120 pelajar matematik dijalankan untuk melihat kesan penggunaan ICT dan penerimaan pelajar terhadap ICT. Soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data yang akan dianalisiskan melalui analisis statistik berperihalan, analisis reliabiliti dan analisis faktor. Analisis statistik berperihalan digunakan untuk menunjukkan peratusan kepada kesan penggunaan dan penenmaan ICT oleh responden dan analisis faktor dijalankan untuk meringkaskan skala pemboleh ubah yang banyak kepada beberapa perwakilan faktor untuk ditafsirkan. Analisis reliabiliti dijalankan untuk melihat kekonsistenan dalam selang skala pemboleh ubah dan jika nilai pekali alfa Cronbach yang didapati adalah melebihi daripada alat ukur 0.61. Analisis reliabiliti terhadap tiga skala pemboleh ubah iaitu penggunaan internet oleh pelajar, penerimaan pelajar dalam penggunaan ICT dan kesan ICT terhadap pelajar mendapati nilai pekali alfa Cronbach masing-masing bernilai sebanyak 0.7149,0.8737 dan 0.9163. Hasil daripada penggunaan kepada kemudahan ICT ini adalah terhadap kemudahan telefon bimbit, komputer dan internet yang didapati daripada analisis berperihalan. Secara keseluruhannya, sebanyak 94.1% responden menggunakan telefon bimbit yang menunjukkan kesan penggunaan kemudahan ICT im adalah begitu tinggi dari segi popularitinya dan sebanyak 64.4% responden memiliki komputer peribadi menunjukkan responden mengetahui kepentingan komputer dalam aktiviti sehariannya. Sebanyak 72.1% responden mengetahui kemudahan ICT pada umur 13 tahun hinggalah 19 tahun. Ini menunjukkan penerimaan responden terhadap penggunaan kemudahan ICT. Pengunjungan responden ke siber kafe adalah sebanyak 65.3% dan kekerapan pengunjungannya adalah sebanyak satu hingga enam kali seminggu. Hasil analisis faktor telah dapat meringkaskan tiga skala pemboleh ubah masing-masing kepada beberapa subskala baru dan telah mengklasifikasikan kesan ICT ke atas budaya pelajar.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: ICT, facility, student acceptance, culture, influence, mathematic
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 18 Sep 2013 04:36
Last Modified: 16 Oct 2017 09:18
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7005

Actions (login required)

View Item View Item