Penghasilan kuih cincin bakar berbijian jagung

Lim, Kok Heng (2005) Penghasilan kuih cincin bakar berbijian jagung. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001344.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian penyelidikan ini adalah untuk membangunkan kuih tradisional negeri Sabah dengan gunaan cara penghasilan yang berlainan. Pembangunan dan penghasilan kuih cincin bakar berbijian jagung adalah berdasarkan kepada pengubahsuaian dari segi formulasi dan kaedah penghasilan. Kaedah pembakaran ketuhar diguna di sini. Pengubahsuaian juga berlaku pada bahan mentah di mana bijirin jagung telah diguna. Sebanyak 12 formulasi telah dibangunkan di sini. Formulasi yang terbaik untuk produk kuih cincin bakar berbijian jagung ini dibangunkan menerusi ujian sensori, iaitu ujian pemeringkatan dan ujian hedonik. Ujian sensori hedonik dilakukan dengan gunaan skala 7 senggatan yang melibatkan 40 para ahli panel. ahli panel terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan. Ujian sensori hedonik penting dalam mengenalpasti formulasi kuih cincin bakar berbijian jagung yang paling digemari. Hasil analisis data menerusi gunaan perisian SPSS menunjukkan formulasi produk yang berkod 828 adalah paling digemari. Sampel berkod F3 ini terdiri daripada 40% bijirin jagung, 45% tepung gandum, 10% gula melaka, 16% gula pasir, 8% gula merah, 8% mentega dan13% air suling. Analisis proksimat iaitu penentuan dari segi kandungan air, abu, protein, lemak, serabut kasar, karbohidrat dan nilai tenaga. Sampel berkod 828 ini mengandungi 7.55 % air, 2.63 % abu, 26.10 % lemak, 10.64 % protein, 11 .99 % serabut kasar dan 41 .09 % karbohidrat. Menerusi hasil ujian mikrobiologi ini, didapati yang produk kuih cincin bakar berbijian jagung ini mempunyai jangka hayat simpanan selama 3 minggu sahaja.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: kuih cincin, cereal of corn, ingredient, processing method
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 24 Sep 2013 02:46
Last Modified: 17 Oct 2017 03:06
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7052

Actions (login required)

View Item View Item