Persepsi dan tahap penerimaan makanan tambahan untuk kecerdasan minda di beberapa buah sekolah menengah sekitar Kota Kinabalu

Suriana Salasan, (2004) Persepsi dan tahap penerimaan makanan tambahan untuk kecerdasan minda di beberapa buah sekolah menengah sekitar Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001346.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi dan tahap penerimaan pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Kota Kinabalu terhadap makanan tambahan untuk kecerdasan minda. Kajian dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 500 orang pelajar yang mana berumur antara 15-19 tahun. Hasil kajian mendapati bahawa hanya seramai 65 orang sahaja yang mengambil makanan tambahan untuk kecerdasan minda manakala selebihnya iaitu 435 orang lagi tidak terlibat megambil makanan tambahan untuk kecerdasan minda. Hasil ujian khi kuasa dua dan korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (p<0.05) antara faktor-faktor menggalakkan dan juga faktor-faktor yang tidak menggalakkan. Majoriti pelajar iaitu seramai 42 orang (69.2%) daripada jumlah pelajar yang mengambil makanan tambahan kecerdasan minda beranggapan bahawa makanan tersebut perlu diambil dan dapat membantu menambahkan kecerdasan minda. Bagi 206 orang (47.5%) daripada pelajar yang tidak mengambil makanan tambahan kecerdasan minda pula beranggapan bahawa makanan tersebut sederhana perlu diambil dan ia juga boleh membantu mencerdaskan minda. Keseluruhannya, pelajar-pelajar masih mempunyai tahap penerimaan yang sederhana dan tidak bergantung pada makanan tambahan bagi mencerdaskan minda.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: perception, acceptance, degree of supplementary food, mind enhancement
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 24 Sep 2013 02:44
Last Modified: 17 Oct 2017 03:07
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7055

Actions (login required)

View Item View Item