Obesiti di kalangan kanak-kanak tadika berumur 4 hingga 6 tahun di sekitar Kota Kinabalu

Malikhah Sadiyah Gholib Santosa, (2005) Obesiti di kalangan kanak-kanak tadika berumur 4 hingga 6 tahun di sekitar Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001348.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan kekerapan obesiti di kalangan kanak-kanak tadika di sekitar Kota Kinabalu. Ukuran antropometri telah dijalankan ke atas 200 orang kanak-kanak yang terdiri daripada 100 lelaki dan 100 perempuan berumur 4 hingga 6 tahun. Daripada jumlah kanak-kanak tersebut, maklumat pengambilan makanan ke atas seramai 200 kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun telah dilaksanakan. Faktor sosio-ekonomi yang dapat mempengaruhi taraf pemakanan kanak-kanak juga dikaji. Hasil ukuran antropometri kanak-kanak mendapati sebanyak 7% (n=14) kanak-kanak mengalami kelebihan berat badan dan 6.5% (n=13) mempunyai risiko kelebihan berat badan berdasarkan Rujukan NCHS. Dari segi kajian diet bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 4 hingga 6 tahun, purata pengambilan kalori adalah bawah paras yang disyorkan untuk Malaysia. Walaubagaimanapun pengambilan protein adalah melebihi paras saranan. Dari segi kekerapan pengambilan makanan, kajian menunjukkan jenis makan yang paling kerap diambil adalah seperti nasi, ikan, buah-buahan dan susu. Secara amnya, kanak-kanak dalam kajian ini mengemari makanan yang digoreng berbanding yang direbus, dikukus atau dipanggang. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan bahawa tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara tarat pendidikan ibubapa, pendapatan keluarga, jumlah tanggungan dan indeks antropometri (berat ikut umur, tinggi ikut umur dan berat ikut tinggi). Meskipun masalah tidak serius seperti yang ditemui di negara-negara membangun, hasil kajian ini sudah cukup sebagai amaran awal kepada pihak berkuasa kesihatan bagi menghadapi masalah ini dengan lebih serius.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: obesity, kindergarten children, anthropometric measurement, food intake, health
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 24 Sep 2013 02:50
Last Modified: 17 Oct 2017 03:08
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7057

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository