Analisis perbelanjaan tahunan kerajaan ke atas skim pencen dan ganjaran

Eaw, Pek See (2005) Analisis perbelanjaan tahunan kerajaan ke atas skim pencen dan ganjaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001356.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menguji faktor-faktor yang mempengaruhi perbelanjaan skim pencen dan ganjaran di Malaysia dengan penggunaan analisis regresi. Bilangan penerima pencen dan ganjaran, jangka hayat lelaki, jangka hayat perempuan dan populasi warga tua telah dikaji sebagai faktor-faktor yang mempengaruhi perbelanjaan skim pencen dan ganjaran. Kaedah regresi linear ringkas digunakan untuk menguji hubungan di antara setiap faktor dan perbelanjaan skim pencen dan ganjaran. Terdapat hubungan positif antara keempat-empat faktor itu dengan perbelanjaan skim pencen dan ganjaran. Kaedah regresi linear berganda tidak sesuai digunakan dalam kajian ini kerana kehadiran masalah multikolinear antara faktor-faktor yang berpengaruh. Pembentukan satu model yang sesuai supaya dapat menjangkakan perbelanjaan skim pencen dan ganjaran pada masa depan. Setelah menjalankan pengukuran ralat ramalan dan kesuaian teknik ramalan, didapati model yang diperolehi adalah sesuai untuk meramalkan perbelanjaan skim pencen dan ganjaran.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: regression analysis, expenses of pension scheme, life expectancy, gender, forecasting
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
H Social Sciences > HA Statistics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 24 Sep 2013 02:53
Last Modified: 17 Oct 2017 03:27
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7065

Actions (login required)

View Item View Item