Komposisi proksimat dan komponen meruap daun bawing, Ocimum Basilicum

Siti Suziawannie Abdul Majit, (2009) Komposisi proksimat dan komponen meruap daun bawing, Ocimum Basilicum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000300.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji komposisi proksimat daun bawing (Ocimum basilicum) mengkaji komponen meruap yang menyumbang kepada aroma daun bawing, serta mengkaji kesan kaedah pengekstrakan dan kesan pengeringan ke atas komponen meruap daun bawing. Komponen meruap daun bawing kering dan segar, kedua-duanya dikaji melalui tiga kaedah pengekstrakan iaitu, pengekstrakan penyulingan serentak (SDE), pengekstrakan pelarut (SE) dengan diklorometana sebagai pelarut, dan SE dengan dietil eter sebagai pelarut, kemudian dianalisa menggunakan kromatografi gas/spektrometri jisim (GC/MS). Komponen yang terbanyak dalam daun bawing ialah karbohidrat iaitu 36.44 % ± 0.60 dan komponen yang paling sedikit dalam daun bawing ialah serabut iaitu 6.77 % ± 0.13. Jumlah puncak yang telah dikesan melalui analisis GC/MS bagi semua sampel ialah 2717 puncak dan hanya 112 jenis komponen meruap yang dikenalpasti. Komponen meruap yang utama dalam daun bawing ialah alfakubebene. Alfa-kubebene telah dikesan dalam sampel yang diekstrak melalui kaedah SE dengan diklorometana sebagai pelarut dan SE dengan dietil eter sebagai pelarut, SE mengekstrak komponen meruap pada peratus luas puncak yang paling tinggi namun mengekstrak kelas komponen meruap yang terhad. Manakala, SE mengekstrak komponen meruap pada peratus luas puncak yang paling rendah namun mengekstrak pelbagai kelas komponen meruap. Peratus luas puncak komponen meruap daun bawing kering adalah lebih rendah berbanding dengan daun bawing segar. Ini disebabkan oleh perubahan fizikokimia yang dialami oleh daun bawing semasa proses pengeringan. Degradasi dan penguraian komponen meruap daun bawing berlaku semasa proses pengeringan. Perbezaan yang signifikan wujud pada komponen meruap daun bawing yang diekstrak melalui tiga kaedah pengekstrakan berbeza. Tambahan lagi, perbezaan yang signifikan wujud pada komponen meruap daun bawing kering dan segar. Kesimpulannya, keputusan kajian ini menunjukkan komposisi proksimat daun bawing telah diperolehi, kaedah SE adalah kaedah yang lebih baik untuk mengekstrak komponen meruap daun bawing yang mempunyai takat didih yang rendah dan daun bawing kering mengandungi komponen meruap yang berbeza dengan daun bawing segar.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Proximate composite, Bawing leaves, Ocimum basilicum, Volatile compositions
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 15 Nov 2011 04:14
Last Modified: 12 Oct 2017 06:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/708

Actions (login required)

View Item View Item