Kesan penambahan Kation Kalium, Natrium dan Kalsium Kepada ciri-ciri penjelan Eucheuma Spinosum

Goh Lin Siang, (2006) Kesan penambahan Kation Kalium, Natrium dan Kalsium Kepada ciri-ciri penjelan Eucheuma Spinosum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001376.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Ciri-ciri penjelan rumpai laut Eucheuma spinosum (Rl) dan karaginan separa tulennya (KSn telah dikaji pada kepekatan 5% (bib) melalui ujian penembusan, ujian sineresis, kapasiti memegang air dan kestabilan sejukbeku-nyahsejukbeku. Seterusnya, kesan penambahan kation-kation kalium (K+), natrium (Na+) dan kalsium(Ca2+) ke dalam jel Rl pad a lima kepekatan yang berlainan juga dikaji. Dalam ujian penembusan, didapati bahawa jel KST adalah lebih kuat (p<0.05) daripada jel Rl. Selain itu, peratus sineresis jel KST adalah lebih tinggi (p<0.05) daripada jel Rl pad a hari ke-2, ke-S dan ke-8. Jel KST didapati kurang stabil daripada jel RL (p<0.05) selepas lima kitaran sejukbeku-nyahsejukbeku. Ini menunjukkan bahawa jel yang kuat mempunyai sineresis yang tinggi dan kestabilan sejukbeku-nyahsejukbeku yang rendah. Penambahan kation-kation K+, Na + dan Ca2+ dalam jel Rl meningkatkan kekuatan jel Rl secara signifikan (p<0.05) mengikut turutan Ca2+ > K+ > Na+. Di samping itu,jel RL membebaskan lebih banyak (p<0.05) air dengan pertambahan kepekatan kation K+, Na + dan Ca2+ serta tempoh penstoran yang lebih panjang. Korelasi positif didapati untuk peratus sineresis dengan pertambahan kepekatan kation K+ (r= 0.802** - 0.905**), Na+ (r= 0.909** - 0.928**) dan Ca2+ (r= 0.858** - 0.925**) dalam tempoh 10 hari penstoran. Korelasi positif juga didapati antara sineresis dengan peningkatan tempoh penstoran jel W: r= 0.931** - 0.97S**; Na+: r= 0.974** - 0.990** dan Ca2+: r= 0.938** - 0.983**. Dalam lima kitaran sejukbeku-nyahsejukbeku, penambahan kation K+, Na+ dan Ca2+ juga meningkatkan peratusan pembebasan air (p<0.05). Hubungankepekatan kation dengan peratusan pembebasan air dalam semua kitaran dapat ditunjukkan melalui korelasi positif untuk kation K+ (r= 0.785** - 0.87S**), Na+ (r= 0.920** - 0.952**) dan Ca2+ (r= 0.885** - 0.940**). Begitu juga peratusan pembebasan air bertambah dengan kitaran yang lebih panjang dengan korelasi positif kation K+ (r= 0.920** - 0.978**), Na+ (0.841** - 0.952**) dan Ca2+ (r= 0.884** - 0.969**). Kajian telah menunjukkan walaupun penambahan kation dalam Rl dapat membentuk jel yang lebih kuat, tetapi mempunyai sineresis yang lebih tinggi dan kestabilan sejukbeku-nyahsejukbeku yang lebih rendah berbanding dengan jel KST. Pembentukan zon-zon persimpangan dalam jel Rl selepas penambahan kation K+, Na+ dan Ca2+ dipercayai faktor yang mempengaruhi ciri-ciri penjelan yang dikaji.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Gelling properties , Eucheuma spinosum (RL), semi refined carrageenan (KST), Potassium, Sodium And Calcium ,
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 27 Sep 2013 02:15
Last Modified: 17 Oct 2017 03:42
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7110

Actions (login required)

View Item View Item