Kesan penambahan kation kalium, natrium dan kalsium kepada ciri-ciri penjelan Eucheuma Spinosum

Goh Lin Siang, (2006) Kesan penambahan kation kalium, natrium dan kalsium kepada ciri-ciri penjelan Eucheuma Spinosum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001376.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Ciri-ciri penjelan rumpai laut Eucheuma spinosum (Rl) dan karaginan separa tulennya (KSn telah dikaji pada kepekatan 5% (bib) melalui ujian penembusan, ujian sineresis, kapasiti memegang air dan kestabilan sejukbeku-nyahsejukbeku. Seterusnya, kesan penambahan kation-kation kalium (K+), natrium (Na+) dan kalsium (Ca2+) ke dalam jel Rl pad a lima kepekatan yang berlainan juga dikaji. Dalam ujian penembusan, didapati bahawa jel KST adalah lebih kuat (p<0.05) daripada jel Rl. Selain itu, peratus sineresis jel KST adalah lebih tinggi (p<0.05) daripada jel Rl pad a hari ke-2, ke-S dan ke-8. Jel KST didapati kurang stabil daripada jel RL (p<0.05) selepas lima kitaran sejukbeku-nyahsejukbeku. Ini menunjukkan bahawa jel yang kuat mempunyai sineresis yang tinggi dan kestabilan sejukbeku-nyahsejukbeku yang rendah. Penambahan kation-kation K+, Na + dan Ca2+ dalam jel Rl meningkatkan kekuatan jel Rl secara signifikan (p<0.05) mengikut turutan Ca2+ > K+ > Na+. Di samping itu, jel RL membebaskan lebih banyak (p<0.05) air dengan pertambahan kepekatan kation K+, Na + dan Ca2+ serta tempoh penstoran yang lebih panjang. Korelasi positif didapati untuk peratus sineresis dengan pertambahan kepekatan kation K+ (r= 0.802** - 0.905**), Na+ (r= 0.909** - 0.928**) dan Ca2+ (r= 0.858** - 0.925**) dalam tempoh 10 hari penstoran. Korelasi positif juga didapati antara sineresis dengan peningkatan tempoh penstoran jel W: r= 0.931** - 0.97S**; Na+: r= 0.974** - 0.990** dan Ca2+: r= 0.938** - 0.983**. Dalam lima kitaran sejukbeku-nyahsejukbeku, penambahan kation K+, Na+ dan Ca2+ juga meningkatkan peratusan pembebasan air (p<0.05). Hubungan kepekatan kation dengan peratusan pembebasan air dalam semua kitaran dapat ditunjukkan melalui korelasi positif untuk kation K+ (r= 0.785** - 0.87S**), Na+ (r= 0.920** - 0.952**) dan Ca2+ (r= 0.885** - 0.940**). Begitu juga peratusan pembebasan air bertambah dengan kitaran yang lebih panjang dengan korelasi positif kation K+ (r= 0.920** - 0.978**), Na+ (0.841** - 0.952**) dan Ca2+ (r= 0.884** - 0.969**). Kajian telah menunjukkan walaupun penambahan kation dalam Rl dapat membentuk jel yang lebih kuat, tetapi mempunyai sineresis yang lebih tinggi dan kestabilan sejukbeku-nyahsejukbeku yang lebih rendah berbanding dengan jel KST. Pembentukan zon-zon persimpangan dalam jel Rl selepas penambahan kation K+, Na+ dan Ca2+ dipercayai faktor yang mempengaruhi ciri-ciri penjelan yang dikaji.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Gelling properties , Eucheuma spinosum (RL), sodium (Na+), calcium (Ca2+), Potassium
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 30 Sep 2013 01:19
Last Modified: 17 Oct 2017 03:42
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7111

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository