Kajian ke atas kesan faktor pembelian dan pemilihan makanan terhadap wanita yang bekerja di Universiti Malaysia Sabah

Heather Ericca Adesine, (2010) Kajian ke atas kesan faktor pembelian dan pemilihan makanan terhadap wanita yang bekerja di Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000295.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji jenis pemilihan makanan bagi kakitangan wanita di Universiti Malaysia Sabah (UMS), untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian makanan tersebut dan untuk mengkaji perbelanjaan ke atas pembelian makanan tersebut. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah tinjauan dan lokasi kajian ini adalah di fakulti-fakulti UMS, perpustakaan, pejabat Canselori dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Seramai 126 reponden dalam kajian ini. Berdasarkan keputusan yang didapati daripada kajian ini, jenis makanan yang majoriti dipilih oleh kakitangan wanita UMS adalah makanan yang digoreng iaitu sebanyak 77 responden (61.1%) dan sebanyak 29 responden (23%) gemar kepada makanan yang direbus. Sebanyak 9 responden (7.1%) pula yang gemar makanan yang dibakar/panggang dan 7 responden (5.6%) gemar kepada makanan kukus. Manakala 4 responden (3.2%) memilih lain-lain iaitu makanan yang bertumis. Bagi jenis makanan yang dibelanjakan dengan paling banyak sekali pula adalah makanan berat (makanan utama yang dimakan sehari-hari seperti Nasi Campur, Nasi Beriani dan sebagainya). Tiga faktor utama yang dipilih oleh kakitangan wanita di UMS dalam pembelian makanan ialah kesedapan makanan, harga dan nilai pemakanan dalam sesuatu makanan. Daripada kajian ini, peletakkan harga pada makanan harus dipertimbangkan dengan sewajamya agar ia dapat menarik minat pengguna terutamanya kakitangan wanita UMS. Selain itu kesedapan makanan juga harus dititikberatkan kerana pengguna cenderung untuk membuat pembelian semula ke atas makanan yang dirasakan enak.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Food choice, Female staff in Universiti Malaysia Sabah, Female staff in UMS
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 11 Nov 2011 08:57
Last Modified: 12 Oct 2017 07:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/714

Actions (login required)

View Item View Item