Komposisi proksimat, kandungan gula dan aktiviti antioksidan dalam saringan (sisa buangan) lebah madu

Kong, Chek Hui (2009) Komposisi proksimat, kandungan gula dan aktiviti antioksidan dalam saringan (sisa buangan) lebah madu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000294.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji komposisi proksimat dan kandungan gula yang terdapat dalam saringan (sisa buangan) lebah madu. Selaln itu, sama ada terwujudnya aktiviti antioksidan dalam saringan juga dikaji. Dalam penyelidikan ini, madu digunakan untuk membuat perbandingan dengan saringan. Kandungan proksimat seperti kelembapan, abu, protein dan karbohidrat dalam madu dan saringan dari negeri Sabah dan Sarawak telah ditentukan. Kandungan kelembapan bagi saringan-saringan ialah 22.78-25.74%, 0.21-0.36% bagi abu, 0.60-0.95% bagi protein dan 73.28-75.41% bagi karbohidrat. Kandungan gula bagi saringan ialah 57.68-65.26%, gula penurun dari 43.62-53.05% dan sukrosa berjulat dari 12.21-14.05%. Madu telah menunjukkan komposisi proksimat dan kandungan gula yang leblh tinggi secara signifikan pada p < 0.05 daripada saringan. Sampel-sampel dari negeri Sabah memberi kandungan proksimat yang lebih tinggi dan kandungan gula dan gula penurun yang lebih rendah (berbeza secara signifikan pada p < 0.05) jika dlbandingkan dengan sampel-sampel dari negeri Sarawak. Aktiviti antioksidan bagi saringan dari negeri Sarawak dinilaikan dengan menggunakan ekstrak air dan etanol. Tiga ujian telah digunakan untuk menentukan aktiviti tersebut: ujian radikal 2,2-diphenyl-l-picrylhydrazyl (DPPH) dengan julat nilai ECso dari 32.44-41.95%, kuasa antioksidan untuk penurunan ferik (FRAP) berjulat 0.79-1.33 mM Fe (II)/mg dan ujian pelunturan j3-karoten di mana nitai EC berjulat dari 45.07-48.38%. Ekstrak air mengandungi jumlah kandungan fenolik yang paling tinggi di mana julatnya iatah 0.90-2.25 mg GAE/100 g. Aktiviti antioksidan tertinggi dan nilai-nilal EC terendah untuk kegiatan antioksidan telah diperolehl dalam ekstrak etanol kecuali ujian FRAP. Korelasi telah dijalankan dan menunjukkan bahawa apabila jumlah kandungan fenolik semakin bertambah, aktiviti antioksidan juga bertambah. Kesimpulannya, kualiti bagi saringan adatah lebih rendah berbanding dengan madu dari segi komposisi proksimat dan aktiviti antioksidan. Walaubagaimanapun, sampel saringan masih berkemampuan untuk bertindak sebagai sumber antioksidan yang semula jadi.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Honey. Antioxidant activity, Comparison with filtrate
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 14 Nov 2011 10:06
Last Modified: 12 Oct 2017 07:03
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/715

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository