Gerakbalas glisemia buah-buahan tempatan ke atas orang dewasa yang sihat

Norsazila Hamidon, (2006) Gerakbalas glisemia buah-buahan tempatan ke atas orang dewasa yang sihat. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001397.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dikaji bagi menentukan gerakbalas glisemia buah-buahan tempatan terpilih seperti belimbing (Averrhoa carambola L), betik(Carica papaya L.), Jambu batu (Psidium guajava) , Limau manis (Citrus sinensis), Mangga (Mangifera indica), Nanas (Ananas comosus), Nangka (Artocarpus heterophylus), Pisang emas (Musa sapientium),Salak (Sa/acca edulis) dan Tembikai (Citrulius vulgaris) di mana ia adalah satu pengukuran berguna terhadap peningkatan glukosa darah selepas memakannya. la melibatkan 27 orang subjek yang sihat, setiap hidangan mengandungi 50g karbohidrat di mana belimbing (1107.8g), betik (703.5g), jambu batu (500g), limau manis (827.2g), mangga (552.4g), nanas (471.0g), nangka (685.5g), pisang emas (284.1g), salak (411 .3g) dan tembikai (1487.5g). Sampel darah diambil sebanyak 6 kali antara 0 hingga 120 minit. Penentuan gerakbalas glisemia ini melibatkan korelasi antara selang masa (P< 0.0001) dan peningkatan glukosa darah (mmoI/L), (P<0.0001). Hasil dapatan min peningkatan glukosa darah (P<0.05) menunjukkan nangka (9.67±0.1 mmol/L), betik (9.54 ± 0.6 mmol/L), pisang emas (8.93±1.3 mmot/L) dan salak (7.83±0.5 mmol/L) dikategorikan sebagai tinggi gerakbalas glisemianya yang mana masing-masing mencapai puncak tertinggi kepekatan glukosa pada 15 min pertama selepas 2 jam hidangan dimakan. Manakala buah seperti jambu batu (5.05±0.2 mmol/L), belimbing (5.92±0.2 mmol/L) dan tembikai(5.43±0.6 mmol/L) dikategorikan sebagai buah yang perlahan peningkatan glukosa darah. Namun begitu buah-buahan lain seperti mangga (6.24±0.1 mmol/L), limau manis (7.23±0.4 mmol/L) dan nanas (7.73±0.5 mmol/L) dikelaskan sebagai sederhana gerakbalas glisemianya. Gerakbalas Glisemia buah-buahan tempatan Inl menyediakan satu landasan kepada perspektif makanan tempatan dalam hubungkaitnya antara kesan fisiologi makanan kaya karbohidrat dengan kesihatan dan Kajian ini hanyalah menyediakan satu perbandingan terhadap kesan glisemik ke atas saiz nisbah hidangan yang realistik serta melalui pengkelasan buah-buahan tersebut mengikut keupayaan meningkatkan gula darah memberikan satu kebaikan dalam perhubungan pengambilan makanan yang rendah atau tinggi atau sederhana Gerakbalas Glisemianya dalam diet yang secara tidak langsung membantu dalam kawalan optima glisemik dalam tubuh.Kajian ini dikaji bagi menentukan gerakbalas glisemia buah-buahan tempatan terpilih seperti belimbing (Averrhoa carambola L), betik (Carica papaya L.), Jambu batu (Psidium guajava) , Limau manis (Citrus sinensis), Mangga (Mangifera indica), Nanas (Ananas comosus), Nangka (Artocarpus heterophylus), Pisang emas (Musa sapientium), Salak (Sa/acca edulis) dan Tembikai (Citrulius vulgaris) di mana ia adalah satu pengukuran berguna terhadap peningkatan glukosa darah selepas memakannya. la melibatkan 27 orang subjek yang sihat, setiap hidangan mengandungi 50g karbohidrat di mana belimbing (1107.8g), betik (703.5g), jambu batu (500g), limau manis (827.2g), mangga (552.4g), nanas (471.0g), nangka (685.5g), pisang emas (284.1g), salak 411 .3g) dan tembikai (1487.5g). Sampel darah diambil sebanyak 6 kali antara 0 hingga 120 minit. Penentuan gerakbalas glisemia ini melibatkan korelasi antara selang masa (P< 0.0001) dan peningkatan glukosa darah (mmoI/L), (P<0.0001). Hasil dapatan min peningkatan glukosa darah (P< 0.05) menunjukkan nangka (9.67±0.1 mmol/L), betik (9.54 ± 0.6 mmol/L), pisang emas (8.93±1.3 mmot/L) dan salak (7.83±0.5 mmol/L) dikategorikan sebagai tinggi gerakbalas glisemianya yang mana masing-masing mencapai puncak tertinggi kepekatan glukosa pada 15 min pertama selepas 2 jam hidangan dimakan. Manakala buah seperti jambuatu (5.05±0.2 mmol/L), belimbing (5.92±0.2 mmol/L) dan tembikai(5.43±0.6 mmol/L) dikategorikan sebagai buah yang perlahan peningkatan glukosa darah. Namun begitu buah-buahan lain seperti mangga (6.24±0.1 mmol/L), limau manis (7.23±0.4 mmol/L) dan nanas (7.73±0.5 mmol/L) dikelaskan sebagai sederhana gerakbalas glisemianya. Gerakbalas Glisemia buah-buahan tempatan Inl menyediakan satu landasan kepada perspektif makanan tempatan dalam hubungkaitnya antara kesan fisiologi makanan kaya karbohidratdengan kesihatan dan Kajian ini hanyalah menyediakan satuperbandingan terhadap kesan glisemik ke atas saiz nisbah hidangan yang realistik serta melalui pengkelasan buah-buahan tersebut mengikut keupayaan meningkatkan gula darah memberikan satu kebaikan dalam perhubungan pengambilan makanan yang rendah atau tinggi atau sederhana Gerakbalas Glisemianya dalam diet yang secara tidak langsung membantu dalam kawalan optima glisemik dalam tubuh.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: the glycemic responses of selected local fruits, blood glucose after ingestion , moderate glycemic response
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 04 Oct 2013 08:36
Last Modified: 17 Oct 2017 03:51
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7159

Actions (login required)

View Item View Item