Kesan pembelajaran pemakanan ke atas perubahan pengetahuan, tabiat dan amalan pemakanan sihat di kalangan pelajar dalam kampus induk UMS

Wong, Chee Ping (2006) Kesan pembelajaran pemakanan ke atas perubahan pengetahuan, tabiat dan amalan pemakanan sihat di kalangan pelajar dalam kampus induk UMS. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001398.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini mengenai perubahan pengetahuan, tabiat dan amalan pemakanan sihat di kalangan pelajar dalam Kampus Induk UMS. Terdapat 302 responden yang terdiri daripada 119 responden lelaki dan 183 responden perempuan dalam kajian ini. Skop pembelajaran pemakanan adalah mengenai piramid makanan, amalan pemakanan sihat dan penggunaan label makanan dalam memilih makanan seimbang. Nutrical Version 11 digunakan menganalisis data-data tabiat pemakanan responden. Ukuran antropometri responden diambil melibatkan Index Jisim Tubuh (IJT), nisbah Pinggang-Pinggul dan peratus lemak. Dalam hasil kajian ini, terdapat peningkatan pengetahuan pemakanan sihat selepas pembelajaran pemakanan di mana ujian berpasangan susunan Wilcoxon menunjukkan 291 (96.4%) responden dalam julat positif peningkatan pengetahuan pemakanan dan perbezaan signifikan iaitu nilai P=O.OOO (P<O.OS). Ujian kolerasi susunan Spearmen menunjukkan hubungan signifikan iaitu nilai P=O.Ol (P<O.OS) antara pengetahuan pemakanan sebelum dan selepas pemakanan. Ujian berpasangan susunan Wilcoxon bagi responden lelaki menunjukkan perbezaan signifikan pengambilan tenaga (P=O.OOO), protein (P=0.006), lemak (P=O.OO) dan karbohidrat (P=O.OO) manakala bagi responden perempuan menunjukkan perbezaan signifikan pengambilan tenaga(P=O.OOO), protein (P=0.028), lemak (P=0.002) dan karbohidrat (P=O.OOS) yang menunjukkan perbezaan signifikan tabiat pemakanan iaitu nilai P<O.OS selepas pembelajaran pemakanan. Dalam ukuran antropometri menunjukkan kategori lJT berat badan yang ideal meningkat 38 (12.6%) responden, nisbah pinggang pinggul kategori normal meningkat 24 (7.9%) responden dan peratusan lemak badan kategori normal meningkat 31 (10.3%) responden selepas 3 bulan pembelajaran pemakanan. Kajian ini menunjukkan pembelajaran pemakanan dapat mengubah pengetahuan, tabiat dan amalan pemakanan sihat di kalangan pelajar UMS

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Nutrition education to the changed in knowledge, attitude and healthy nutrition practice , Body Mass Index (BMI),
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 04 Oct 2013 08:31
Last Modified: 17 Oct 2017 03:52
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7160

Actions (login required)

View Item View Item