Isolation and screening of actinomycetes especially streptomyces from lower segama, Sabah against map kinase phosphatase (msgs) in signal transduction

Loo, Pooi Eng (2004) Isolation and screening of actinomycetes especially streptomyces from lower segama, Sabah against map kinase phosphatase (msgs) in signal transduction. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001394.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Sejumlah 20 sampel tanah telah dikutip pada ekspedisi saintifik yang diadakan di kawasan hilir Sungai Segama. Daripada 20 sampel tanah yang dikutip, 18 sampel tanah adalah dikutip sepanjang kawasan tepi Sungai Segama. Manakala 2 sampel tanah yang lain adalah dikutip dari kawasan tebing Sungai Tabin. Sebanyak 9 sampel tanah yang dikutip oleh saudari Tan Chia Yee dan 9 sampel tanah yang dikutip oleh saya sendiri telah digunakan untuk mengasingkan aktinomiset yang terdapat di dalamnya. Sejumlah 20 strain aktinomiset telah berjaya diasingkan dari sampel tanah tersebur pada HV agar media dengan menggunakan kaedah pencairan berperingkat.Strain aktinomiset yang diasingkan seterusnya ditulenkan dengan pengkulturan dalam Oatmeal agar. Fenotip morfologi bagi setiap strain aktinomiset diperhatikan berdasarkan warna aerial miselia dan substrat miselia pada media Oatmeal.Fermentasi aktinomiset kemudian dijalankan dengan menggunakan Mannitol-peptone media selama 5 hari pada suhu 28°C. Hasil fermentasi dicampurkan dengan isipadu aseton yang sama dengan tujuan rnengekstrakkan metabolit sekunder daripada aktinomiset. Ekstrak aseton kemudiannya digunakan untuk menguji dan mengesan perencat terhadap MAP kinase phosphatase, MSG5. Dalarn kajian ini, terdapat dua sistem penyaringan yang digunakan. Dalam sistem penyaringan 1, terdapat 9 ekstrak yang menunjukkan aktiviti toksik terhadap yis mutan MKKI P386_MSG5 . Strain-strain aktinomiset ini termasuk H8807, H8908, H8918, H8919, H8930, H8961 , H8996, H11074, dan H11082. Manakala dalarn sistem penyaringan 2, terdapat 8 ekstrak yang menunjukkan kesan toksik. Strain-strain ini termasuk H8959, H8976, H8982, H11073, H11074, H11078, H11081 and H11084. Tiada strain yang menunjukkan potensi sebagai perencat bagi MSG5.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: soil, Tabin River , MAP kinase phosphatase , MSG 5 inhibitors , Segama River
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 08 Oct 2013 04:36
Last Modified: 17 Oct 2017 04:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7175

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository