Hubungan faktor kepuasan kerja dengan komitmen terhadap organisasi sekolah di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Papar, Sabah

Nor Hafizah Ahmad, (2008) Hubungan faktor kepuasan kerja dengan komitmen terhadap organisasi sekolah di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Papar, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001415.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini diadakan bagi mengenalpasti faktor-faktor kepuasan kerja yang mempengaruhi komitmen terhadap organisasi di kalangan guru-guru sekolah menengah di daerah Papar. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti a) hubungan antara ganjaran kepuasan kerja intrinsik dan ekstrinsik dengan komitmen terhadap organisasi, b) perbezaan komitmen terhadap organisasi berdasarkan faktor demografi dan c) pengaruh pembolehubah tidak bersandar terhadap komitmen terhadap organisasi. Seramai 136 orang guru dari tiga buah sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Mereka adalah terdiri daripada dua kategori perkhidmatan iaitu guru-guru siswazah dan bukan siswazah. Set soal selidik mengandungi 50 item berskala lima Likert telah digunakan bagi mengukur maklumbalas responden. Sebanyak lapan hipotesis khusus telah dibentuk bagi kajian ini. Kaedah-kaedah statistic Korelasi Pearson, Ujian-t, Analisis Varian Sehala (ANOVA) dan Regresi Berganda telah digunakan bagi menguji hipotesishipotesis ini. Hasil kajian menunjukkan a) terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja ganjaran intrinsik dan ekstrinsik dengan komitmen terhadap organisasi, b) tidak terdapat perbezaan komitmen yang signifikan berdasarkan cirri demografi seperti jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan kategori perkhidmatan dan c) ganjaran kepuasan kerja intrinsik menunjukkan pengaruh yang signifikan ke atas komitmen terhadap organisasi. Berdasarkan dapatan ini, cadangan-cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi komitmen para guru kepada organisasi mereka.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: job satisfaction, intrinsic and extrinsic reward, relationship, gender, age, job tenure, service categories, organizational commitment
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 08 Oct 2013 04:34
Last Modified: 17 Oct 2017 04:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7190

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository