Faktor dan persepsi persekitaran tempat makan dalam menentukan pemilihan jenis makanan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Cecelia Lintau Minggat, (2010) Faktor dan persepsi persekitaran tempat makan dalam menentukan pemilihan jenis makanan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001417.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini melibatkan responden seramal 376 orang meliputl 279 orangresponden perempuan dan 97 orang responden lelaki. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik. Objektif kajian adalah untuk mengkaji faktor-faktor, persepsi serta hubungan antara faktor-faktor dan persepsi yang mempengaruhi peranan persekitaran kafeteria dalam menentukan pemilihan jenis makanan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kunjungan pelajar ke kafeteria biasanya mengikut penernpatan kolej kediaman. Ujian Khi-kuasa dua menunjukkan hubungan yang signifikan p<0.05 (x2=485.045, df=20, p=00) di antara penempatan kolej kediaman pelajar dengan kafeteria yang sering dikunjungi ketika makan. Pemilihan jenis makanan di kalangan pelajar bergantung pada waktu makan. Terdapat hubungan yang signifikan p<0.05 antara jenis pilihan makanan yang dimakan dan waktu makan (x2=43.096, df= 24, p=0.010). Makanan jenis nasi dan lauk pauk paling digemari responden kerana makanan jenis ini paling memenuhi cita rasa responden, mengambil masa yang paling singkat disediakan dan mempunyai harga yang paling berpatutan dari segi kuantiti berbanding hidangan jenis lain. Terdapat hubungan yang signifikan antara jenis piIihan makanan yang dipilih dan kriteria pemilihan jenis makanan oleh pelajar iaitu p<0.05 (x2=70.288, df=24, p=0.00). Berdasarkan kafeteria yang sering dikunjungi, faktor-faktor yang memainkan peranan persekitaran yang paling penting dalam pemilihan jenis makanan oleh pelajar adalah pengaruh rakan, kebersihan persekitaran kafeteria yang terjamin dan lokasi yang berdekatan dengan sekolah, kelas atau kolej kediaman. Persepsi pelajar terhadap perkhidmatan kafeteria pula adalah sistem pembayaran yang lambat ketika waktu makan tengahari, pekerja kafeteria tidak merokok ketika mengendalikan makanan dan kemudahan yang paling perlu dibekalkan ialah penyediaan kertas tisu. Manakala, kelemahan utama pada kafeteria dalam kampus adalah harga makanan mahal dan tidak berpatutan dengan kuantiti yang diberikan. Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor soslal, fizikal dan demografik dengan persepsi pelajar terhadap perkhidmatan kafeteria. Hasil kajian mendapati bahawa peranan persekitaran tempat makan memainkan peranan yang sederhana dalam pemilihan jenis makanan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: perception, relationship, role of cafeteria environment, typesof food choice, eating environment
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 07 Oct 2013 08:10
Last Modified: 17 Oct 2017 04:03
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7192

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository