Tahap pengetahuan, persepsi serta tabiat pemakanan di kalangan wanita hamil Hospital Likas terhadap makanan dan minuman berkafein

Tho, Huey Fang (2006) Tahap pengetahuan, persepsi serta tabiat pemakanan di kalangan wanita hamil Hospital Likas terhadap makanan dan minuman berkafein. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001419.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini ialah meninjau tahap pengetahuan, persepsi serta tabiat pemakanan di kalangan wanita hamil di Hospital Likas terhadap makanan dan minuman berkafein. Kajian ini dijalankan secara menemubual wanita hamil yang membuat pemeriksaan tubuh badan semasa kehamilan di Hospital Likas dengan menggunakan satu borang soalselidik. Pengumpulan data kajian ini dilakukan selama 22 hari iaitu bermula dari 5 Januari hingga 27 Januari 2006. Jumlah subjek yang terlibat dalam kajian ini adalah sebanyak 138 orang. Analisis data-data yang terkumpul akan dijalankan secara statistik dengan menggunakan pakej SPSS. Hasil keputusan menunjukkan bahawa pengenalan atau kefahaman responden terhadap kafein di kalangan wanita hamil yang terlibat dalam kajian ini adalah lebih rendah. Ini disebabkan kebanyakan mereka iaitu cuma 46 (33.3%) orang dapat menjawab 1-3 soalan yang ditanya dengan betul malah cuma terdapat 27 (19.6%) orang responden berupaya menjawab 10-13 soalan dengan betul daripada jumlah 13 soalan yang dibentangkan dalam borang soalselidik. Selain itu, didapati bahawa cuma terdapat 73 (50.9%) orang responden pernah mempertimbangkan tentang isu keselamatan pengarnbilan kafein dalam diet harian. 8akinya adalah responden yang tidak pernah atau tidak pasti pernah memikir tentang isu ini. Corak pengambilan kafein antara responden adalah lebih kurang sarna sebelum hamil dengan semasa kehamilan. Cuma terdapat sedikit perubahan bagi sesetengah responden yang minum kopi, daripada jumlah 60 (43.5%) reponden yang minum kopi berkurangan kepada 19 (31.7%) orang semasa kehamilan. Ini kerana sebahagian mereka berhenti minum kopi semasa kehamilan atas nasihat yang diberikan oleh doktor. Ujian Khi kuasa dua juga menunjukkan bahawa responden yang berkefahaman rendah tentang kafein lebih cenderung terus mengamalkan tabiat minum kopi semasa kehamilan. Pengambilan minuman berkafein yang lain selain kopi masih diamalkan di kalangan responden semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, kekerapan dan kuantiti pengambilan tidak menunjukkan peningkatan risiko kesan negative kafein.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: pregnant women's knowledge, perception, food habit, caffeine, negative effect, pregnancy
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 07 Oct 2013 08:13
Last Modified: 17 Oct 2017 04:04
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7194

Actions (login required)

View Item View Item