Pengaruh kepemimpinan pengajaran guru besar dan pelaksanaan tugas guru ke atas amalan pengajaran berkesan di sekolah kurang murid Negeri Sabah

Yusof Jasmin @ Joseph Gimbad, (2007) Pengaruh kepemimpinan pengajaran guru besar dan pelaksanaan tugas guru ke atas amalan pengajaran berkesan di sekolah kurang murid Negeri Sabah. PhD thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
3648Kb

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti status kepemimpinan pengajaran guru besar dan pelaksanaan tugas guru mengikut perspektif guru dan juga pengaruh kepemimpinan pengajaran guru besar dan pelaksanaan tugas guru terhadap amalan guru terhadap pengajaran yang dikenal pasti berkesan. Kajian ini dilakukan di sekolah sekolah kurang murid (SKM) di seluruh negeri Sabah. Data-data yang diperoleh dari responden dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 11.0. Hasil kajian mendapati (i) kesemua skor min bagi kepemimpinan pengajaran guru besar, pelaksanaan tugas guru dan amalan pengajaran berkesan yang dibahagikan kepada tiga peringkat, berada pada tahap tinggi. Walau bagaimanapun skor min tersebut masih belum menunjukkan amalan bagi ketiga-tiga perkara tersebut di sekolah kurang murid berada pada tahap yang sangat memuaskan malah amalan tersebut masih sangat perlu ditingkatkan, (ii) analisis ANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan antara kepemimpinan pengajaran guru besar berdasarkan pencapaian sekolah dalam UPSR. Analisis ini menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan guru besar terhadap fungsi dan tugasnya sebagai pemimpin pengajaran di sekolah-sekolah kurang murid yang berbeza prestasi dalam pencapaian akademik adalah berbeza. Pelaksanaan tugas guru dan amalan pengajaran berkesan pula tidak memperlihatkan perbezaan min yang signifikan berdasarkan pencapaian sekolah dalam UPSR, (iii) analisis varian (Univariate) terhadap kepemimpinan pengajaran guru besar, pelaksanaan tugas guru dan juga amalan pengajaran berkesan menunjukkan bahawa ketiga-tiga perkara tersebut, tidak memperlihatkan perbezaan min yang signifikan berdasarkan kepada faktor tempoh berkhidmat dan kelulusan akademik, (iv) kepemimpinan pengajaran guru besar mempunyai pengaruh atau boleh menjadi faktor peramal kepada amalan pengajaran berkesan. Pelaksanaan tugas guru juga mempunyai pengaruh atau boleh menjadi faktor peramal kepada amalan pengajaran berkesan. (v) secara perbandingan, sumbangan pelaksanaan tugas guru adalah lebih besar ke atas amalan pengajaran berkesan berbanding dengan sumbangan kepemimpinan pengajaran guru besar, (vi) antara komponen kepemimpinan pengajaran guru besar yang memberikan sumbangan yang besar kepada amalan pengajaran berkesan ialah pemantauan kemajuan murid dan iklim pembelajaran manakala komponen pelaksanaan tugas guru pula yang memberikan sumbangan kepada amalan pengajaran berkesan ialah tugas-tugas pengurusan kurikulum dan pengajaran, tugas-tugas iklim pembelajaran, tugas-tugas misi dan tugas-tugas penyeliaan dan penilaian pengajaran, (vii) komponen kepemimpinan pengajaran guru besar yang menyumbang kepada setiap komponen amalan pengajaran berkesan ialah pemantauan kemajuan murid dan iklim pembelajaran, manakala komponen pelaksanaan tugas guru pula yang banyak menyumbang kepada setiap komponen amalan pengajaran berkesan ialah tugas-tugas pengurusan kurikulum dan tugas-tugas iklim pembelajaran. Pada keseluruhannya kajian ini mendapati amalan guru besar iaitu pemantauan kemajuan murid begitu besar sumbangannya kepada amalan pengajaran berkesan berbanding dengan empat lagi amalannya yang lain.

Item Type:Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords:leadership, headmaster, responsibilities, teachers' perspective, influence, learning environment
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:7195
Deposited By:IR Admin
Deposited On:07 Oct 2013 16:22
Last Modified:07 Oct 2013 16:22

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository