Pembangunan produk bar Granola menggunakan hampas kelapa

Wong, Yung Mui (2010) Pembangunan produk bar Granola menggunakan hampas kelapa. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000291.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dilakukan untuk membangunkan produk bar granola dengan menggunakan hampas kelapa. Reka bentuk faktoria telah digunakan untuk menghasilkan lapan formulasi, terdapat tiga faktor pembolehubah iaitu hampas kelapa, oat dan sirup pekat mempunyai dua aras yang berlainan. Ujian pemeringkatan BIB (Balanced Incomplete Block) telah memilih empat formulasi terbaik, iaitu F2, F3, F7 dan F8. Ujian hedonik telah memilih formulasi F8 sebagai formulasi terbaik dari segi atribut warna, aroma, rupa bentuk, rasa, keranggupan dan penerimaan keseluruhan. Formulasi F8 mempunyai komposisi hampas kelapa sebanyak 18%, oat sebanyak 32%, sirup pekat sebanyak 38%, bertih beras sebanyak 6%, kismis sebanyak 5% dan maltodekstrin iaitu 1%. Ujian analisis kimia menunjukkan bahawa bar granola mengandungi kandungan kelembapan sebanyak 2.33±0.30%, lemak sebanyak 3.78±0.05%, protein sebanyak 21.27±0.96%, serabut pemakanan sebanyak 11.09±0.11%, abu sebanyak 0.70±1.11% dan karbohidrat sebanyak 60.83±0.01%. Ujian mutu simpanan bar granola selama dua bulan telah dianalisiskan dengan ujian kandungan kelembapan, ujian mikrobiologi dan ujian perbandingan berganda. Kandungan kelembapan bar granola meningkat berkadar dengan masa. Hasil kiraan koloni ujian mikrobiologi menunjukkan bar granola masih selamat untuk dimakan. Ujian perbandingan berganda menunjukkan bahawa sampel em pat minggu dan lapan minggu mempunyai signifikan berbeza (p<0.05) dengan sampel segar R dalam kebanyakan atribut. Ujian pengguna menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna memilih skala antara tiga=neutral kepada lima=sangat suka untuk atribut-atribut yang dinilai. Kajian soal selidik mendapati bahawa terdapat 77% pengguna akan membeli produk bar granola jika ia dijual dalam pasaran sementara 23% pengguna tidak akan membeli produk ini.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Granola bar, Coconut residue
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 11 Nov 2011 08:55
Last Modified: 12 Oct 2017 07:16
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/720

Actions (login required)

View Item View Item