Tinjauan mengenai pengetahuan dan amalan pengambilan buah di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah

Rita Radin, (2010) Tinjauan mengenai pengetahuan dan amalan pengambilan buah di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001405.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Hari ini, pengambilan buah-buahan di dalam diet harian adalah satu kemestian bagi golongan yang menyedari akan kesan dan kepentingannya. Telah dibuktikan, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi di dalam diet seharian boleh membantu mencegah beberapa penyakit utama. Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat mengenai pengetahuan dan amalan pengambilan buah-buahan di dalam diet seharian di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Seramai 300 responden terlibat di dalam kaji selidik ini dan jumlah responden lelaki adalah (150 orang) sama dengan jumlah responden perempuan (150 orang). Daripada keseluruhan responden yang terlibat, data menunjukkan bahawa 72.3% responden mengamalkan pengambilan buah di dalam diet mereka, 35.0% lelaki dan 37.3% perempuan. Manakala 27.7% lagi tidak mengambil buah di dalam diet mereka, 15.0% lelaki dan 12.7% perempuan. Hanya 10.6% responden sahaja yang mengambil 3 hingga 5 hidangan buah di dalam diet mereka. Manakala sebahagian besar (89.4%) daripada responden yang mengambil buah masih gagal memenuhi saranan yang telah disarankan. Melalui data yang diperolehi untuk kekerapan pengambilan buah, hanya 9.2% sahaja yang mengamalkan pengambilan buah di dalam diet mereka setiap hari. Untuk tahap pengetahuan, lebih daripada 80% responden dapat menjawab dengan tepat untuk setiap fakta yang diberikan dan 95% mengaku tahu tentang kepentingan pengambilan buah-buahan di dalam diet harian. Seterusnya 54% responden mengamalkan pengambilan buah sebelum makan nasi atau mengambil makanan berat dan 46% lagi mengamalkan pengambilan buah selepas makan nasi atau mengambil makanan berat. Melalui kajian ini juga, didapati responden yang mengambil buah sebelum makan nasi lebih kerap secara signifikan (p<.05) membuang air besar (44.7%/hari) berbanding responden yang mengambil buah selepas makan nasi (30.4%/hari). Secara kesimpulannya tahap pengetahuan pelajar UMS tentang kepentingan pengambilan buah adalah baik, tetapi kadar pengambilan buah di kalangan mereka masih rendah. Melalui kajian ini juga, didapati pengambilan buah sebelum makan nasi lebih menggalakkan proses penyingkiran tinja dari dalam tubuh badan berbanding pengambilan buah selepas makan nasi

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: fruits intake, health effect, daily diet, knowledge
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 08 Oct 2013 04:20
Last Modified: 17 Oct 2017 04:07
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7212

Actions (login required)

View Item View Item