Penghasilan minuman jus tomato campuran tembikai wangi

Yau, Kah Choon (2007) Penghasilan minuman jus tomato campuran tembikai wangi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001407.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Sampel jus minuman tomato campuran tembikai wangi yang dihasilkan adalah berasaskan tomato dan buah tembikai wangi sebagai bahan mentah. Kerja penghasilan dan kajian dijalankan dengan tujuan membangunkan minuman jus tomato campuran tembikai wangi yang memperolehi formulasi terbaik daripada sembilan formulasi melalui ujian sensori serta mengkaji perubahan-perubahan dari segi atribut dan kandungan yang telah berlaku sepanjang tempoh penyimpanan bagi sam pel minuman jus tomato campuran tembikai wangi. Analisis proksimat bagi sampel jus tomato campuran tembikai wangi menunjukkan kandungan air, abu, lemak, serabut kasar, protein dan karbohidrat masing-masing ialah 86.81 ± 0.87, 1.57 ± 0.02,0.12 ± 0.003, 3.68 ± 0.09, 1.47 ± 0.04 dan 6.34 ± 0.20. Nilai pH, kandungan pepejal larut dan kandungan asid askorbik menunjukkan penurunan semasa 8 minggu penyimpanan di mana nilai akhir masingmasing adalah 3.41 ± 0.01, 22.50 ± 0.01 dan 2.33 ± 0.01. Nilai jumlah keasidan menunjukkan peningkatan di mana nilai akhir adalah 0.67 ± 0.01. Dalam ujian mikrobiologi, sebanyak 1.50 X 105 CFU/g bilangan koloni bagi PCA dan 2.61 X 104 bilangan koloni bagi PDA pada minggu ke - 8. Keputusan menunjukkan sampel jus adalah masih selamat dimakan selepas 8 minggu penyimpanan. Keputusan ujian berbandingan berganda, menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (p>0.05) di antara sampel segar dengan sampel yang disimpan 8 minggu. Sampel segar adalah lebih diterima dari segi warna, aroma, kemanisan, kemasaman, after taste dan penerimaan keseluruhan. Hasil kajian pengguna menunjukkan keputusan positif di mana 53% ahli panel akan membeli produk minuman jus tomato campuran tembikai wangi ini.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: tomato fruit juice, honeydew, acceptance, mixture
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 11 Oct 2013 02:29
Last Modified: 17 Oct 2017 03:51
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7215

Actions (login required)

View Item View Item