Indeks jisim tubuh dan corak pemakanan lemak di kalangan orang dewasa peringkat awal di Kampung Pirasan dan Kampung Piasau, Kota Belud

Chau, Corenna (2005) Indeks jisim tubuh dan corak pemakanan lemak di kalangan orang dewasa peringkat awal di Kampung Pirasan dan Kampung Piasau, Kota Belud. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001409.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian untuk mengkaji indeks jisim tubuh (BMI) dan corak pemakanan lemak ini telah dijalankan ke atas 208 orang responden yang berumur 19 hingga 39 tahun dimana ia terdiri daripada 104 (50%) lelaki dan 104 (50%) perempuan di Kampung Pirasan dan Kampung Piasau, Kota 8elud. Hasil kajian menunjukkan bahawa min indeks jisim tubuh (8MI) adalah 21.51 ± 3.01 kg/m2. Status kesihatan responden melalui penilaian indeks jisim tubuh adalah sebanyak 22 (10.6%) responden mempunyai kurang be rat badan, 123 (59.1%) responden mempunyai berat badan yang normal, 39 (18.8%) responden pula berisiko untuk menjadi obes, diikuti dengan 20 (9.6%) orang dikategori sebagai obes gred I dan sebanyak 4 (1.9%) orang lagi dikategorikan sebagai obes gred II. Corak pemakanan lemak responden adalah melalui amalan pemakanan dimana terdapat beberapa faktor yang menunjukkan nilai yang signifikan pada p<0.05, iaitu amalan pengambilan sarapan pagi p=0.013, lemak dalam diet p=0.001, dan tenaga dalam diet p=0.018. Di samping itu, corak pemakanan lemak responden adalah responden kerap mengambil makanan yang bergoreng iaitu 200 (96.2%) orang, 188 (90.4%) orang suka mengambil makanan segera, 51 (24.5%) akan makan berlebihan jika tertekan, 151 (72.6%) tidak mengikut waktu makan yang tetap dan teratur, 133 (63.9%) mengamalkan sarapan pagi, 128 (61 .5%) tidak mengambil makanan segera/ringan dengan kerap, 105 (50.5%) sering menggunakan santan semasa memasak, 188 (90.4%) menggunakan minyak sawit dan tahap pengambilan makanan berlemak adalah pada tahap sederhana, dimana min purata lemak dalam diet adalah 60.44 ± 17.84 g, serta tenaga dalam diet adalah 1995.39 ± 465.17 kcal. Kekerapan pengambilan makanan berlemak pula menunjukkan bahawa responden kerap mengambil makanan yang berlemak dalam kumpulan bijirin dan hasil bijirin serta kumpulan daging. Di samping itu, terdapat beberapa jenis makanan menunjukkan nilai yang signifikan pad a p<0.05, iaitu roti penuh gandum p=0.008, betik p=0.000, keju p=0.010, aiskrim p=0.029, burger p=0.000 dan mi segera p=0.003. Kajian ini menunjukkan status kesihatan di kalangan orang dewasa mencapai tahap yang memuaskan dan corak pemakanan lemak pula perlu dititik beratkan supaya penyakit dan gejala pemakanan berlemak secara berlebihan dapat dikawal.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: body mass index (BMI), fat, food habit, intake of fat food, high consumption
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 10 Oct 2013 08:19
Last Modified: 17 Oct 2017 04:09
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7218

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository