Analisis proksimat dan mineral dalam beberapa sampel ubi kentang, ubi manis dan ubi keladi

Tan, Kean Kuan (2004) Analisis proksimat dan mineral dalam beberapa sampel ubi kentang, ubi manis dan ubi keladi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001428.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian mengenai komposisi proksimat dan mineral bagi ubi kentang, ubi keladi dan ubi manis telah dijalankan. Sampel-sampel ubi dibeli daripada pasar di bandar Kota Kinabalu. Komposisi proksimat yang dikaji adalah kandungan air, abu, lemak kasar dan serabut kasar, manakala komposisi mineral yang dikaji pula terdiri daripada kalium, magnesium, kalsium, natrium, ferum dan zink. Kandungan proksimat dan mineral ini telah ditentukan dengan menggunakan kaedah AOAC (1990) dan Nitisewojo (1998). Daripada kajian ini, didapati kandungan air, abu, lemak kasar dan serabut kasar masing-masing dalam ju1at 63.11-80.42, 0.6-1.1,0.16-0.33 dan 0.27- 0.75 g/100 g mengikut berat basah. Manakala bagi kandungan mineral kalsium, magnesium, kalium natrium, ferum dan zink pu1a masing-masing dalam julat 5.27- 14.47, 17.17-50.92, 300-444, 1.84-4.64,0.36-0.95 dan 0.18-1.79 mg/l00 g mengikut berat basah. Ubi manis mempunyai kandungan proksimat dan mineral yang sederhana manakala kandungan serabut kasar yang adalah tertinggi. Ubi kentang dan ubi keladi masing-masing mempunyai kandungan air dan abu yang paling tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: sweet potato, yam, composition, high crude fiber, moisture, high mineral
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 09 Oct 2013 06:20
Last Modified: 17 Oct 2017 04:12
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7226

Actions (login required)

View Item View Item