Penghasilan marmalad limau kasturi

Siti Fatimah Norazah Abdul Habi, (2004) Penghasilan marmalad limau kasturi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001432.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian telah dijalankan untuk menghasilkan produk baru iaitu marmalad limau kasturi dengan menggunakan pektin dan natrium sitrat. Penilaian deria dengan menggunakan skala hedonik telah dijalankan dan penganalisisan dengan ANOVA dan Tukey menunjukkan formulasi F11 merupakan formulasi yang paling digemari. Formulasi ini mengandungi puri buah sebanyak 35%, gula 61 %, pektin 0.4%, natrium sitrat 0.6%, air 2.98% dan natrium benzoat sebanyak 0.02%. Sampel ini menunjukkan tahap penerimaan yang tinggi untuk atribut rasa, warna, kemanisan, "aftertaste" dan penerimaan keseluruhan dengan perbezaan bererti pada aras p<0.05 berbanding dengan sampel lain. Sampel Fl1 seterusnya diuji dengan ujian fizikokimia dan ujian mikrobiologi. Melalui ujian fizikokimia didapati nilai pH produk ialah 3.1 dan jumlah pepejal larut sebanyak 68°brix. Ujian mikrobiologi yang dilakukan dengan kaedah Yeast & Mould Plate Count untuk mengetahui jangka hayat produk marmalad yang disimpan pada keadaan suhu ambien dan suhu sejuk (4°C) mampu bertahan walaupun selepas sebulan tempoh penyimpanan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: marmalade, musklime, pectin, natrium sitrat, temperature, pH, acceptance
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 10 Oct 2013 07:10
Last Modified: 17 Oct 2017 04:16
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7255

Actions (login required)

View Item View Item