Kekerapan terjadinya obesiti di kalangan pelajar - pelajar Universiti Malaysia Sabah

Mas Affendi Masarudin, (2006) Kekerapan terjadinya obesiti di kalangan pelajar - pelajar Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001433.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalankan bagi mengetahui kekerapan terjadinya obesiti di kalangan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah serta faktor-faktor yang menyebabkan kejadian obesiti di kalangan mereka. Jumlah subjek yang terlibat adalah seramai 518 orang. Kajian ini melibatkan pengukuran antropometri, pengambilan data demografi serta soal selidik tentang faktor risiko obesiti, status kesihatan dan tabiat pemakanan. Daripada jumlah itu, didapati 213 (41 .0%) orang responden mengalami masalah berat badan dan obesiti. Daripada jumlah itu, 198 (38.0%) orang responden menghadapi masalah berat badan berlebihan manakala 15 (3.0%) orang responden adalah obes. Didapati daripada sejumlah 213 orang responden tersebut, 79 (37 .1 %) orang responden yang menghadapi masalah berat badan berlebihan adalah perempuan manakala 119 (55.9%) orang responden yang mengalami masalah berat badan adalah lelaki. Di kalangan golongan yang obes pula didapati bahawa 6 (2.8%) orang responden adalah perempuan manakala 9 (4.2%) orang responden adalah lelaki. Analisis Khi-Kuasa 2 menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan pada aras keertian P<0.05 bagi faktor-faktor yang menyebabkan obesiti; faktor keturunan atau genetik P=0.000, faktor gaya hidup dan aktiviti fizikal P=0.001, faktor senaman P=0.000, faktor psikologikal P=0.000 dan faktor tabiat pemakanan P=0.000. Kesimpulannya, kekerapan kes obesiti dan masalah berat badan di kalangan pelajarpelajar Universiti Malaysia Sabah telah dapat dikesan. Selain itu, faktor-faktor yang telah dinyatakan juga mempunyai perkaitan dengan punca berlakunya obesiti di kalangan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: obesity, lifestyle, physical activity, exercise, eating habit
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 10 Oct 2013 07:09
Last Modified: 17 Oct 2017 04:16
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7257

Actions (login required)

View Item View Item