Pengekstrakan minyak daripada biji labu (Cucurbita moschata)

Mohd Shukry Bebit, (2003) Pengekstrakan minyak daripada biji labu (Cucurbita moschata). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001459.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Biji labu (Cucurbita moschata) diekstrak menggunakan alat ekstraksi soxhlet untuk menentukan peratusan kandungan minyak kasar yang terkandung di dalam bijinya. Nilai peratusan minyak yang diperolehi daripada pengekstrakan sampel biji tanpa kulit ialah 43.2% manakala pengekstrakan sampel biji dengan kulit ialah 29.3%. Penentuan ciri-ciri fiizikal dan kimia dijalankan untuk menentukan kualiti minyak biji terse but. Di antara ciri-ciri fizikal biji labu yang ditentukan adalah takat lebur, kandungan lembapan, titik asap dan ketumpatan. Manakala ciri-ciri kimia yang ditentukan ialah nilai iodin, nilai saponikasi, nilai peroksida dan kandungan asid lemak bebas. Daripada analisis, kandungan kelembapan minyak biji labu adalah 0.16, melebihi nilai piawai SIRIM ke atas beberapa minyak dan lemak iaitu kurang daripada 0.10%. Ketumpatan minyak yang diperolehi adalah 0.860 g/ml kurang daripada ketumpatan air iaitu 1.000 g/ml. Takat tebur minyak ini adalah rendah iaitu 4.0°C. Titik asap yang diperolehi ialah 201 .0°C berada dalam julat piawai PORIM iaitu 180.0 - 240.0°C. Penentuan ciri-ciri kimia menunjukan nilai peroksida minyak adalah sebanyak 1.81 mg/kg bersamaan nilai PORIM iaitu di bawah 4.0mg/kg. Nilai saponikasi minyak ini adalah sederhana iaitu 184.0 mgKOH/g manakala nilai iodin ialah 92.27Wijs. Kandungan asid lemak bebas yang didapati ialah 0.61% dan berada di dalam lingkungan piawai SIRIM iaitu 0.05- 1.75% asid oleik. Minyak ini menunjukkan kandungan asid temak tak tepu lebih tinggi daripada kandungan asid lemak tepu.

Item Type: Academic Exercise
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 18 Oct 2013 07:24
Last Modified: 17 Oct 2017 04:32
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7320

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository