Nutritional status of Universiti Malaysia Sabah staff assessed with food availability, anthropometry and dietary measurements

Low, Ching Yee (2007) Nutritional status of Universiti Malaysia Sabah staff assessed with food availability, anthropometry and dietary measurements. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001463.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini membincangkan penilaian status pemakanan di kalangan pekerja UMS melalui amalan pemakanan, pengukuran antropometri dan pengukuran diet. Hipothesis kajian ini adalah penilaian status pemakanan melalui pengukuran diet berkaitrapat dengan keupayaan pembelian makanan yang diukur melalui jumlah pendapatan keluarga. Seramai 169 pekerja UMS yang berumur 19 - 62 tahun dipilih secara rawak sebagai responden dalam kajian ini. Pengambilan nutrien responden disukat dengan menggunakan ingatan semula 24jam dan kekerapan pengambilan makanan manakala pengetahuan pemakanan diuji dengan sepuluh soalan yang mudah dan senang difahami. Responden yang melapor kurang tenaga berbanding tenaga yang didapati dari makanan ditentukan dengan 1.20 X BMR. Persamaan Ismail et al. digunakan menganggar BMR responden. Kajian mendapati 27.81% responden yang lebih berat dan 8.88% responden yang obesity didapati dalam kajian ini. Sebanyak 76.33% responden dapat menjawab enam daripada sepuluh soalan mengenai pemakanan. 57.40% responden memakan tiga kali sehari, iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Walaubagaimanapun, sebanyak 57.40% responden tidak makan ikut masa. Analisis ingatan semula 24jam menunjukkan bahawa sebanyak 89.35% responden yang tidak dapat memakan jumlah tenaga yang dicadangkan oleh RNI. Min tenaga yang didapati melalui makanan di kalangan responden adalah sebanyak 1551.14 ± 791.45kcal. Responden yang tidak dapat mencapai RNI bagi protein, lemak, kalsium, besi dan vitamin C adalah sebanyak 51.48%, 59.17%, 92.31%, 73.96% and 62.13%. Walaubagaimanapun, analisis FFQ menunjukkan bahawa responden dapat memakan jumlah sajian makanan yang mencukupi menurut piramid makanan. 76.33% responden mencapai rekemen piramid makanan bagi kumpulan ikan, daging dan hasil daging manakala sebanyak 78. 11 % dan 50.89% responden dapat memakan sajian makanan yang mencukupi dari kumpulan buah-buahan dan sayur-sayuran, dan susu, dadih dan keju. Peratus responden yang melapor kurang nutrien dan tenaga dari pengambilan makanan yang sepatutnya adalah sebanyak 46.74%. Hubungan yang tidak signifikan bersekutu ditunjukkan diantara jumlah pendapatan keluarga dengan pengambilan sajian makanan bagi kumpulan ikan, daging dan hasil daging (r. p = 0.366), buah-buahan dan sayur-sayuran (r. p = 0.874), dan susu, dadih dan keju (r. p = 0.707), tahap pengetahuan pemakanan (r, p = 0.184, 0.638 and 0.874), dan kumpulan perkhidmatan (x2, p = 0.314, 0.813 and 0.278). Kajian selanjutnya diperlukan untuk menyesuaikan jumlah nutrien yang didapat oleh responden yang melapor kurang nutrien dari pengambilan makanan yang sepatutnya untuk menguji hipotesis.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: nutritional status, food availability, anthropometry, dietary measurement, household income
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 22 Oct 2013 02:41
Last Modified: 17 Oct 2017 04:38
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7332

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository