Penghasilan agar daripada rumpai laut tempatan (Gracilaria changii) - kajian ciri-ciri ekstrak, fizikal dan kimia

Oon, Tee Wey (2006) Penghasilan agar daripada rumpai laut tempatan (Gracilaria changii) - kajian ciri-ciri ekstrak, fizikal dan kimia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001475.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Projek penyelidikan ini dijalankan untuk menghasilkan agar daripada rumpai laut tempatan (Gracilaria changii) melalui kaedah pengekstrakan dengan tanpa olahan alkali dan juga dengan olahan alkali. Kaedah pengekstrakan agar ini dibezakan dari segi kaedah pemanasan serta suhu penyejukbekuan. Dua parameter yang dikaji dalam kaedah pemanasan dan suhu penyejukbekuan, iaitu pemanasan dalam autoclave pada suhu 121 °C serta pemanasan di atas hot plate pada suhu 95°C dan penyejukbekuan pad a suhu -8°C serta -18°C masing-masing. Ketika pra-perlakuan, natrium hidroksida telah digunakan dan keadaan telah divariasikan dari aspek kepekatan natrium hidroksida iaitu 0 M, 0.75 M, 1.25 M dan 1.75 M dikajikan ke atas kesannya terhadap ciri-ciri fizikal dan kimia hasil ekstrak agar. Dalam penyelidikan ini, keadaan pengekstrakan agar optimum daripada Gracilaria changii telah ditentukan iaitu olahan pada kepekatan 1.25 M natrium hidroksida, pemanasan di atas hot plate pada suhu 95°C dan penyejukbekuan pada suhu -8°C. Melaluikaedah pengekstrakan ini, peratus hasil ekstrak agar tertinggi didapati iaitu 47.3 ± 2.17%. Kewujudan interaksi secara signifikan antara ketiga-tiga faktor ini dalam mempengaruhi peratus hasil ekstrak agar. Tambahan lagi, kajian penyelidikan ini juga menunjukkan kepekatan olahan alkali melebihi 1.25 M akan menyebabkan kemerosotan dalam perolehan agar manakala kaedah pemanasan di atas hot plate pada suhu 95°C dan penyejukbekuan pada suhu -8°C akan meningkatkan perolehan agar secara ketara. Setelah itu, ciri-ciri fizikal (kekuatan gel, suhu pengegelan, masa 'set', sinerisis) dan kimia (kandungan metoksil, peratus bahan tak terlarut, kandungan air, kandungan protein, kandungan abu) ke atas hasil ekstrak agar telah dikaji. Kekuatan gel paling tinggi iaitu 273.7± 2.08 g/cm2 diperoleh dengan olahan alkali pad a kepekatan 1.75 M. Suhu pengegelan bagi agar yang diperolehi berada dalam julat 30.0°C - 38.7°C dan masa 'set' adalah lambat manakala kandungan metoksil adalah tinggi secara relatif. Menurut JAS, agar yang diekstrak melalui olahan alkali pada kepekatan 1.75 M dapat digredkan sebagai Agar Gred 2 manakala agar yang diekstrak melalui olahan alkali pada kepekatan 1.25 M pula dapa1 digredkan sebagai Agar Gred 3. Secara keseluruhan, kepekatan olahan alkali, kaedah pemanasan dan suhu penyejukbekuan didapati amat mempengaruhi dari segi kuantiti serta kualiti hasil ekstrak agar.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: local seaweed, Gracilaria changii, extraction, alkali treatment, heating method, freezing temperature
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 22 Oct 2013 07:33
Last Modified: 17 Oct 2017 04:42
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7356

Actions (login required)

View Item View Item