Kajian fitokimia dan aktiviti biologi ke atas tumbuhan orkid

Normala Rohaiza Hassan, (2004) Kajian fitokimia dan aktiviti biologi ke atas tumbuhan orkid. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001495.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Dalam kajian ini, 15 sampel yang terdiri daripada akar, batang dan daun bagi spesies Dendrobium kinolcii, Dendrobium parthenium, Dendrobium spectatissimum, Dendrobium terenensii dan Dendrobium cinerium telah dikeringkan dan diekstrakkan dengan metanol. Hasil daripada pengekstrakan tersebut, ekstrak telah dipekatkan bagi menjalankan ujian penyaringan fitokimia, ujian antibakteria dan ujian alelopati. Bagi Ujiall perencatan ras dan raf, 45 ekstrak daripada Dendrobium kinoicii, Dendrobium parthenium, Dendrobium spectatissimum, Dendrobium terenensii, Dendrobium cinerium, Aerides odorata, Vanda helvola, Dendrobium sp., Phalaenopsis amabilis, Grammatophyllum specium, Coelogyne venusta, Dendrobium sekundum, Dendrobium anosmum, Phalaenopsis cornu-cervi dan Bulbophyllum iobii yang diekstrakkan dengan kaedah yang sama telah digunakan. Dalam penyaringan fitokimia, tiada kehadiran sebatian alkaloid dan glikosida kardium dalam kesemua ekstrak. Ekstrak daun bagi semua spesies yang dikaji dan ekstrak batang bagi D. kinolcii dan D. pathrenium menunjukkan kehadiran flavonoid. Setiap ekstrak bagi semua spesies memberikan keputusan ujian yang positif dalam penyaringan tanin dan polifenol. Antrakuinon hanya hadir pada ekstrak batang D. parthenium dan D. terenensii. Saponin hadir dalam ekstrak akar bagi semua spesis yang dikaji dan ekstrak akar bagi D. kinolcii menunjukkan kehadiran saponin yang paling stabil. Bagi ujian antibakteria, ekstrak yang memberikan keputusan ujian yang positif adalah ekstrak batang D. cinerium (6mm) dan D.terenensii (10mm), ekstrak daun D. kinolcii (6mm) dan D. terenensii (8mm) dan ekstrak akar bagi D. kinolcii (7mm). Dalam ujian alelopati pula, ekstrak batang D. spectatissimum merupakan perangsang pertumbuhan sawi yang tertinggi manakala setiap spesies merencat pertumbuhan bayam dalam kadar yang hampir sama. Bagi ujian perencatan ras dan raf, ekstrak yang memberikan keputusan ujian yang positif adalah ekstrak akar bagi Dendrobium parthenium (7mm), Dendrobium kinolcii (9mm), Aerides orodata (6mm) dan Dendrobium sp (10mm).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: root extract, ras and raf inhibition test, phytochemical screening, flavonoid, allelopathy test
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 24 Oct 2013 04:47
Last Modified: 17 Oct 2017 04:46
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7379

Actions (login required)

View Item View Item