Kesan hormon ke atas pembentukan jasad seperti protokom pada segmen hujung daun, pangkal daun dan hujung akar, orkid Cymbidium Finlaysonianum

Zurida Ishak, (2005) Kesan hormon ke atas pembentukan jasad seperti protokom pada segmen hujung daun, pangkal daun dan hujung akar, orkid Cymbidium Finlaysonianum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001485.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Organogenesis pada segmen hujung daun, pangkal daun dan hujung akar spesies orkid Cymbidium finlaysonianum telah dikaji dengan menggunakan medium asas MS terubah iaitu media K yang ditambah dengan kombinasi hormon NAA (0.lmg/l) dengan BA (l.0, 5.0, 10 mg/I) dan kombinasi NAA (0. 1mg/I) dengan TDZ (0.5, l.0, 5.0 mg/k). Parameter yang dicerap ialah bilangan eksplan yang menghasilkan pucuk, kalus dan jasad seperti protokom. Hasil kajian mendapati selepas 14 hari dikultur didapati eksplan akar mengalami pembengkakan yang cepat berbanding eksplan dari hujung dan pangkal daun Didapati eksplan tidak mengalami perubahan dalam penghasilan pembentukan jasad seperti protokom dan kalus tetapi pada kepekatan 0.1mg/I NAA+0.5mg/1 dan 0.1mg/l NAA:1 .0mg/I TDZ pengaruhan pengeluaran pucuk berlaku pada eksplan akar sahaja Hanya satu sahaja eksplan yang berjaya membentuk jasad seperti protokom iaitu dari eksplan hujung akar yang dirawat dengan kombinasi 0.lmg/I NAA+5.0mg/1 TDZ. Manakala eksplan yang berjaya membentuk pucuk adalah dua eksplan dari pangkal daun yang dirawat dengan kombinasi 0.1mg/l NAA+0.5mg/l TDZ dan 0.1mg/l NAA+ 1. 0mg/l TDZ. Dua eksplan lagi dari hujung akar juga dirawat pada kombinasi 0.1mg/l NAA+ 0.5mg/l TDZ dan 0.1mg/1 NAA+ 1.0mg/l TDZ. Diperhatikan pembengkakan eksplan berlaku pada awal pengkulturan sahaja dan merosot pada minggu-minggu seterusnya, manakala kalus tidak berjaya dihasilkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: organogenesis, culturalisation, leaf segment, orchid, Cymbidium finlaysonianum
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 24 Oct 2013 06:56
Last Modified: 17 Oct 2017 04:48
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7385

Actions (login required)

View Item View Item