Pengekstrakan pektin daripada kulit buah tembikai (Citrullus lanatus)

Lee, Li Theen (2006) Pengekstrakan pektin daripada kulit buah tembikai (Citrullus lanatus). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001488.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Pektin digunakan dalam industri makanan sebagai agen penjelan, agen pemekat, agen pemberi tekstur dan juga dalam penyediaan bahan farmaseutikel, kosmetik dan sebagainya. Kulit buah tembikai yang tinggal selepas pemprosesan mempunyai kandungan pektin yang memuaskan dan dikaji sebagai sumber pektin. Pektin tembikai disediakan dengan pengekstrakan berasid, diikuti oleh pemendakan alkohol. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan parameter yang terbaik untuk pengekstrakan pektin daripada kulit buah tembikai, menganalisis ciri-ciri fiziko-kimia pektin tembikai dan pektin komersil sitrus serta membandingkan kualiti jeli pektin tembikai dengan pektin komersil sitrus. Untuk analisis, kulit buah tembikai dikeringkan, dikisar dan diekstrak dalam keadaan yang berbeza seperti kepekatan asid, suhu dan masa pengekstrakan, nisbah kulit kepada medium pengekstrakan dan bilangan pengekstrakan. Peratusan perolehan pektin yang optima diperolehi dengan menggunakan 1.50 N asid hidroklorik (HCI) dengan pH 1.74, pemanasan pada suhu 90°C selama 45 minit. Nisbah kulit kepada medium pengekstrakan adalah sebanyak 1 :2 dan bilangan pengekstrakan adalah sebanyak sekali. Selain itu, ciri-ciri fiziko-kimia seperti kandungan kelembapan, abu, metoksil dan asid anhidrouronik pektin tembikai ditentukan dan dibandingkan dengan pektin komersil sitrus. Dalam kajian, didapati pektin tembikai mengandungi 18.07 ± 0.10% kandungan kelembapan, 2.39 ± 0.07% kandungan abu, 3.67 ± 0.06% kandungan metoksil dan 30.80 ± 0.44% asid anhidrouronik. Pektin komersil sitrus pula mengandungi 9.81 ± 0.09% kandungan kelembapan, 1.51 ± 0.06% kandungan abu, 6.80 ± 0.02% kandungan metoksil dan 39.98 ± 2.02% asid anhidrouronik. Kualiti jeli seperti ujian sineresis, kapasiti pemegangan air dan ujian penembusan turut dikaji. Keputusan menunjukkan bahawa pektin tembikai merupakan pektin metoksil tinggi jenis set lambat dan keupayaan penjelan yang memuaskan dengan struktur jel yang lembut. Pektin komersil sitrus pula merupakan pektin metoksil tinggi jenis set cepat dan membentuk jel yang kuat. Warna pektin tembikai adalah hijau kegelapan manakala pektin komersil sitrus berwarna putih keperangan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: pectin, pharmaceutical product, cosmetic, watermelon pectin, citrus pectin, extraction
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 24 Oct 2013 04:53
Last Modified: 17 Oct 2017 04:50
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7394

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository