Persepsi imej tubuh dan indeks jisim tubuh di kalangan remaja perempuan (berumur 13-17 tahun) di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah

Chiang, Ivy (2006) Persepsi imej tubuh dan indeks jisim tubuh di kalangan remaja perempuan (berumur 13-17 tahun) di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001482.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi imej tubuh dan factor-faktor yang mempengaruhinya seperti penghargaan kendiri, sikap pemakanan dan pengaruh persekitaran sosial (keluarga, rakan sebaya dan media massa). Seramai 250 orang pelajar perempuan dari Sekolah Tinggi Kota Kinabalu yang menuntut di Tingkatan satu, dua dan empat telah diambil menjadi responden dalam kajian ini. Data dikumpul melalui borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Borang soal selidik ini termasuk Siri 9 Gambar Rajah, Skala Penghargaan Kendiri Rosenberg dan Ujian Sikap Pemakanan (EAT-26). Ketinggian dan berat badan responden diukur serta liT dikira untuk membandingkan persepsi imej tubuh remaja perempuan dengan pengelasan DT sebenar mereka. Analisis data dijalankan dengan menggunakan program SPSS versi 13.0. Nilai purata bagi tinggi (1.57 ± 0.07 m), berat badan (47.97 ± 9.99 kg) dan IJT (19.51± 3.69 kgjm2) responden didapati. Berdasarkan persentil DT, didapati majoriti 201 (80.4%) responden mempunyai berat badan yang normal. Setelah dibandingkan persepsi imej tubuh dengan pengelasan DT, terdapat 105 (42.0%) responden mempunyai persepsi imej tubuh sama dengan pengelasan liT mana kala 145 (58.0%) responden mempunyai persepsi imej tubuh yang tidak tepat Terdapat perkaitan signifikan (X2 =74.410, p<0.05) di antara persepsi imej tubuh dengan pengelasan liT sebenar responden. Berdasarkan kepada skor EAT-26, didapati 39 (15.6%) mengalami masalah pemakanan dan perlu diberi perhatian. Ujian Kolerasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan di antara skor EAT-26 dengan DT responden (r=0.131, P<0.05) dan skor penghargaan kendiri Rosenberg dengan persepsi imej tubuh (r=0.180, p<0.05) manakala menunjukkan tiada hubungan signifikan (r=-0.82, p>0.05) di antara skor penghargaan kendiri Rosenberg dengan DT responden. Perkaitan signifikan (P<0.05) didapati di antara persepsi imej tubuh dengan tingkah laku berdiet dan pengaruh persekitaran sosial. Namun demikian, tiada perkaitan signifikan (X2 =3.591, p>0.05) di antara persepsi imej tubuh dengan masalah sikap pemakanan. Berdasarkan kajian yang dilakukan didapati kebanyakan remaja perempuan mempunyai persepsi imej tubuh yang tidak tepat. Untuk mengatasi masalah ini, tindakan dan langkah-Iangkah harus diambil dengan segera agar mereka mendapat pengetahuan dan persepsi yang tepat terhadap imej tubuh.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: body image, perception, sociocultural factor, eating attitude, BMI, female, age
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 24 Oct 2013 08:56
Last Modified: 17 Oct 2017 04:53
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7400

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository