Perbandingan kualiti produk makanan jenama antarabangsa dan jenama tempatan mempengaruhi kecenderungan membeli pelanggan menggunakan kaedah sensori

Cynthia Jamit Elip, (2006) Perbandingan kualiti produk makanan jenama antarabangsa dan jenama tempatan mempengaruhi kecenderungan membeli pelanggan menggunakan kaedah sensori. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001500.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dijalan untuk membuat perbandingan kualiti produk makanan jenama antarabangsa dan jenama tempatan bagi mengetahui jenama yang Iebih disukai dan diterima oleh pengguna. Terdapat dua kaedah yang digunakan iaitu pengedaran borang kaji selidik dan kaedah sensori. Bagi pengedaran borang kaji selidik, ia dijalankan bagi mengetahui penilaian pengguna terhadap kualiti produk makanan dan jenama yang menjadi pilihan pengguna. Didapati sebanyak 36.3% memilih faktor kualiti pada makanan adalah merujuk kepada kandungan nutrisi dan 56.1% memilih ciri utama kualiti merujuk kepada komposisi nutrien dalam makanan. Dalam pemilihan jenama secara keseluruhan responden, 78.5% berpendapat jenama memainkan peranan penting dalam faktor pembelian mereka dan 61.8% memilih jenama antarabangsa dalam corak pembelian mereka. 64.7% berpendapat jenama yang terkenal adalah berkualiti. Produk makanan yang digunakan dalam ujian sensori merupakan produk coklat yang berjenama tempatan dan juga antarabangsa. Ujian sensori dilakukan menggunakan dua peringkat iaitu peringkat pertama merupakan ujian pemeringkatan dan peringkat kedua merupakan ujian skala hedonik. Dalam ujian pemeringkatan, dua sesi telah dilakukan iaitu sesi pertama untuk pemilihan jenama coklat tempatan yang disukai dan sesi kedua adalah pemilihan jenama coklat antarabangsa yang disukai. Coklat jenama tempatan iaitu Vochelle dan antarabangsa iaitu cadbury yang telah dipilih dalam ujian pemeringkatan, kemudian dibandingkan dalam ujian skala hedonik berdasarkan kepada atribut warna, kemanisan, rasa koko, kepahitan, kelemakan dan keseluruhan. Keputusan ujian sensori menunjukkan coklat jenama cadbury lebih diterima dan disukai. Kesimpulan yang diperolehi menunjukkan kedua - dua kaedah memberikan keputusan yang sama iaitu dalam ujian sensori, ahli panel memilih coklat jenama antarabangsa iaitu jenama cadbury sebagai jenama yang disukai dan diterima manakala dalam kaji selidik responden berpendapat jenama antarabangsa lebih berkualiti berbanding jenama tempatan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: food product, brand, Cadbury, sensory evaluation, questionnaire, quality, food product
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 28 Oct 2013 03:10
Last Modified: 17 Oct 2017 04:56
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7409

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository