Sifat fizikokimia minyak campuran dan ketahanannya terhadap pembentukan cloud pada suhu yang berbeza

Haravinthan Narayanasamy, (2006) Sifat fizikokimia minyak campuran dan ketahanannya terhadap pembentukan cloud pada suhu yang berbeza. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001506.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian dijalankan untuk analisis sifat fizikokimia dan kajian ketahanan terhadap pembentukan cloud pada suhu berlainan terhadap sampel minyak campuran. Kajian dijalankan terhadap 9 sampel minyak campuran yang berasaskan kepada minyak sawit merah dan campuran minyak sayuran seperti minyak kacang soya, minyak jagung dan minyak kanola dalam nisbah 90: 1 0, 80:20 dan 60:40. Bagi analisis titik asap kesemua sampel menepati piawaian (180°C-220°C) dan mempunyai ketumpatan piawaian iatu antara 0.9009-0.9030. Manakala bagi nilai peroksida, sampel minyak campuran M4, M5, MS, M7, M8 dan M9 sahaja menepati piawaian yang ditetapkan oleh PORIM untuk minyak masak iaitu nilai kurang atau sama dengan 0.5. Bagi nilai asid lemak bebas kesemua sampel tidak menepati nilai piawaian PORIM. Bagi sampel M3 pula mempunyai nilai iodin yang tinggi (83.22 ±0.3), nilai takat kekeruhan yang rendah (0.2 ± 0.1°C) dan takat lebur yang rendah(5.3e ± 0.5). Kajian penyimpanan pula menunjukkan, sampel minyak campuran yang disimpan pada 0°C dan 4°C mengkristal dengan lebih cepat iaitu kurang 4 jam dan kurang 12 minggu masing-masing. Manakala sampel yang disimpan pada suhu 10°C dan 29°C kebanyakan sampel tidak mengeruh sehingga lebih daripada 3 bulan. Daripada kesemua sampel, sampel M3 iaitu campuran 60% minyak sawit merah dan 40% minyak kacang soya merupakan sampel yang paling berkualiti kerana mempunyai ketumpatan, nilai iodin dan titik asap yang tinggi serta takat lebur dan titik kekeruhan yang rendah dan mempunyai tempoh penyimpanan yang lebih baik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: cloud formation, temperature, blended oil, clouding point, storage characteristic
Subjects: Q Science > QD Chemistry
T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 29 Oct 2013 06:49
Last Modified: 17 Oct 2017 04:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7415

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository